Dah Kalah Kalah lah

HEhehehehe, Lolong bercuti lama dari menulis. Sebab tekanan perasaan melihat senario politik negara yang semakin menggila kerana kegilaan seseorang yang mau jadi PM dan tamakkan kuasa.

Walau dah ramai yang cakap, Lolong nak ulang DAH KALAH KALAH LAH!

Posted in Uncategorized | Tinggalkan komen

ANALISIS PELUANG PARTI BERTANDING PRU 13- BN MENANG!

NEGERI BN PAS PKR DAP BEBAS
PERLIS 3 3 0 0 1
KEDAH  15 8 7 0 5
KELANTAN 13 11 3 0 3
TERENGGANU 8 7 1 0 2
PULAU PINANG 13 2 4 7 4
PERAK 24 7 10 7 7
PAHANG 14 6 5 3 6
SELANGOR 22 7 11 4 17
WPKL 11 1 5 5 6
PUTRAJAYA 1 1 0 0 0
NEGERI SEMBILAN 8 3 3 2 4
MELAKA  6 1 3 2 0
JOHOR 26 8 12 6 2
LABUAN 1 1 1 4 0
SABAH 25 2 19 0 15
SARAWAK 31 5 15 11 7
JUMLAH 221 73 99 51

79

Di atas adalah jumlah parti-parti bertanding di dalam PRU-13. Analisis ini tidak memasukkan parti-parti seperti KITA, BERJASA, STAR dan sebagainya.

  1. Dengan 79 calon bertanding di pelbagai kerusi parlimen, jika ada yang perasan nak kata BEBAS adalah third force dalam pilihan raya kali ini tersasar dan pendapat bahalol.
  2. Ahli BN yang bertanding BEBAS tidaklah mewakili third force melainkan orang kecewa yang perasan hebat boleh menang dengan namanya sendiri.
  3. Peluang Ibrahim Ali adalah lebih cerah apabila calon BN memberikan laluan kepada beliau.
  4. Peluang Kamilia agak sukar melainkan kalau beliau mendapat sokongan daripada Rafidah Aziz dan kesemua wanita di Parlimen tersebut.
  5. Calon seperti Shariff Omar yang kecewa mempunyai harapan tetapi bergantung kepada sentimen kasihan.
  6. Pilihan raya kali ini, untuk membaca tahap sokongan amat mengelirukan kerana perpecahan pola pengundian.
  7. Bagi kawasan-kawasan bandar dan pengundi Cinanya lebih 40%, BN perlu bekerja lebih kuat. Parti komponen GERAKAN dan MCA khasnya perlu benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan mencapai kemenangan.
  8. Kawasan majoriti Melayu tak termasuk kawasan tradisi PAS, akan berpihak kepada BN.
  9. Pemilihan calon dan kepimpinan ALi Rustam di Melaka boleh dipuji, dari segi BEBAS di kerusi Parlimen, tiada langsung calon. (DUN masih belum dikaji)
  10. Jika 2008 merupakan pilihan raya sentimen dan emosi, pilihan raya 2013 lebih hebat apabila ramai pemimpin BN menunjukkan sikap sebenar menentang BN sebagai calon BEBAS.
  11. Penyokong atas pagar yang lari dari BN pada 2008, diperhatikan masih lagi di atas pagar kerana pemimpin dan calon BN masih tidak berubah sikap, namun jentera pro BN di lapangan dan MEDIA SIBER berjaya membuka pandangan mereka bahawa PEMBANGKANG juga tidak suci dan mempunyai kelemahan yang sama sebagai contoh menyalahgunakan kuasa sebagai Kerajaan negeri dan pegawai yang berkuasa.
  12. BN dijangka akan menang PRU kali ini dengan ‘Faktor NAJIB’.
  13. Kejayaan Najib dengan program transformasinya menambat hati pengundi.
  14. Namun, kemenangan ini dijangka masih gagal menyamai kemenangan pada PRU 2004.
  15. BN dijangka memenangi 145 hingga 155 kerusi parlimen besar kemungkinan mampu mendapat majoriti 2/3 iaitu 148 kerusi.
  16. Pembangkang dijangka kurang mampu memenangi parlimen malah akan kehilangan beberapa lagi negeri. (Analisis ini akan menyusul.
Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , , , | 1 Komen

ANALISIS RINGKAS JUMLAH PARTI BERTANDING KERUSI PARLIMEN

Di atas adalah carta bar jumlah parti bertanding di dalam PRU-13. 

Beberapa Fakta menarik :

  1. BN hanya bertanding di 221 kerusi apabila calonnya Che Johan Che Pa menarik diri daripada bertanding di Parlimen Pasir Mas bagi memberi laluan kepada mentornya, Ibrahim Ali yang bertanding atas tiket BEBAS.
  2. PAS bertanding di 77 kerusi.
  3. PKR di 99 kerusi.
  4. DAP hanya bertanding di 51 kerusi.
  5. Seramai 79 orang bertanding menggunakan tiket BEBAS
  6. Di kerusi parlimen Labuan, Pakatan Haprak dilihat tidak berpakat apabila PAS dan PKR saling berebut meletakkan calon. Terdapat beberapa kerusi DUN juga yang belum di analisis.
  7. Analisis ini tidak memasukkan data parti BERJASA, KITA, STAR, SWP dan lain-lain kerana LOLONG malas nak kira. heheheh.
  8. Daripada jumlah parti bertanding sahaja kita akan nampak bahawa parti pembangkang tidak begitu serius mahu menang PRU :) nanti Lolong tulis dalam posting lain.
Posted in Uncategorized | Tagged , , , , , | Tinggalkan komen

PAKATAN KEPALA BAPAK DIA!

image

Visual di atas menunjukkan betapa selama ini ramai yang tertipu dengan perkataan ‘Pakatan Rakyat’ yang mereka gunakan. Buktinya sehingga kini tidak ada usaha serius untuk mendaftarkan pakatan ini.

Lolong pasti pada pilihan raya kali ini pakatan bangang ini akan tersungkur dengan kebebalan mereka sendiri. Melainkan pengundi masih lagi bebal dengan memilih mereka ini!

Posted in Uncategorized | Tagged , , , , | Tinggalkan komen

ANALISIS AWAL PENAMAAN CALON – TENTANG BEBAS!

Proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 telah berakhir jam 10 pagi tadi. bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila ramai yang menghantar borang pencalonan sebagai BEBAS.

KENAPA BEBAS?

Terdapat beberapa sebab mengapa secara tiba-tiba calon Bebas ‘membanjiri’ kawasan pilihan raya kali ini. 

1. Mereka yang kecewa tidak di calonkan parti

2. Bekas YB yang keluar parti selepas menang PRU 12 dan tiada parti pada kali ini

3. Mereka yang merasa boleh memecahkan undi parti bertanding

4. Suka-suka (nak glamer)

5. Merasa mereka ‘third force’ yang akan dipilih kerana pengundi menyampah dengan parti politik

PELUANG CALON BEBAS INI MENANG

Situasi politik di Malaysia mungkin berbeza dengan negara lain. Lolong fikir, di Malaysia, calon bukanlah satu-satunya faktor pilihan pengundi kecuali calon tersebut benar-benar dekat dengan pengundi. Ini pernah berlaku kepada Shahrir Samad yang tetap menang kerusi Johor Bharu walaupun bertanding tiket Bebas melawan BN ketika krisis UMNO-Semangat 46. begitu juga Ho Yip Kap, seorang ahli MCA yang bertanding BEBAS pada PRU ke12 di Tanah Rata dan kemudian masuk Gerakan selepas menang kawasan tersebut. 

TIdak ramai yang mampu menjadi seperti mereka ini. Kita pernah melihat Ibrahim Ali, yang dikatakan sinonim dengan  Pasir Mas, jatuh tersungkur pada PRU ke 11 apabila hanya mendapat 15% undi berbanding lawannya daripada BN dan PAS yang masing-masing mendapat 39% dan 42% pada PRU 2004 itu. 

Lolong berpendapat pada kali ini, calon BEBAS seperti Allah Tan, proksi Ong Tee Keat mungkin tidak mampu memberi kejutan berbanding jika Ong Tee Keat sendiri yang bertanding.

Bagi Datuk Kamilia, Timbalan Pengerusi Pergerakan Wanita UMNO yang kecewa tidak dipilih bertanding di Parlimen sekaligus menggelapkan harapannya mau jadi Menteri penuh juga silihat tidak mempunyai pengaruh yang terlalu besar. Namun, kuasa undi wanita tidak boleh dipandang remeh. Maka, Parlimen Kuala Kangsar dilihat akan berpecah undinya menyebabkan pembangkang mungkin akan menang ‘nasib’ pada kali ini.

BEBAS ‘THIRD FORCE’ YANG BAKAL MENGUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA?

Lolong berpendapat kumpulan bebas ini masih belum mampu membawa aspirasi third force yang mampu memberi kejutan. Situasi politik pasca 2008 sehingga kini belum memungkinkan ianya berlaku. Politik partisan masih menguasai Malaysia. Apatah lagi, calon-calon Bebas ini tidak membawa sebarang aspirasi baru yang mampu mengagumkan pengundi.

Kumpulan ini dilihat tak lebih hanya mereka yang kecewa dan ‘gila glamer’. Maka Lolong berpendapat, mereka ini masih tidak mampu memberi sebarang kejutan melainkan sekadar  ‘badut’ yang mewarnai PRU 13.

* Nanti lolong cuba cari masa untuk fikir perkara lain pula untuk kita sama-sama bincangkan.

Posted in Uncategorized | Tagged , , , | Tinggalkan komen

DAP Sangat Biadap Meraih Simpati

image

Gambar di atas cukup untuk kita lihat rentetan perjalanan kes DAP dengan ROS. Tindakan Lim Kit Siang menangis dan menuduh ROS mengikut telunjuk BN untuk membunuh parti itu dalam PRU adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan biadap.

Kita pasti, tindakan meraih simpati dengan menggunakan lambang PAS dlm PRU kali ini akan memakan diri. Melainkan penyokong PAS begitu tolol, bahalol, tongong, bongok dan seterusnya sanggup diperkudakan parti komunis ini.

DAP bijak menghidu peluang. Mereka tahu tanpa undi Melayu mereka sampai kiamatpun akan menang banyak kerusi. Malah dengan hanya beberapa kerusi parlimen yang ditandingi mereka tidak mampu untuk membentuk Kerajaan.

DAP juga tidak percaya dengan PKR yang suka ‘tikam belakang’. Ketara dengan tindakan mereka ‘memakan’ Parti Rakyat Malaysia dgn janji manis. Syed hussin Ali dijadikan Timbalan Presiden dan kemudian dipaksa pencen bagi memberi laluan kepada Azmin. Kini mereka mengkhianati Parti Sosialis Malaysia, serpihan parti rakyat yang khabarnya tidak dibenarkan menggunakan lambang mereka.

Maka DAP lebih suka menggunakan lambang PAS yang diketahui sedang dipimpin oleh kepimpinan yang dikuasai nafsu dan emosi dendam kepada BN.

Dengan penggunaan lambang PAS juga bakal memberikan mereka lebih kerusi jika dicampur dengan PAS. Apatah lagi mereka sedar bahawa penyokong PAS amat taksub dan mengikut apa saja diminta oleh pemimpin mereka. Maka ahli-ahli syurga yang dijamin pemimpin mereka ini akan mengundi DAP yang mana pemimpin mereka pernah meminta langkah mayatnya sebelum jadikan Malaysia negara Islam.

Lolong simpulkan tulisan ini dengan satu analisis mudah- DAP sedang menipu orang Melayu Islam dengan menggunakan lambang parti Islam. Ini adalah satu taktik perang yang amat hebat. DAP tidak mengambil strategu Sun Tzu tetapi menggunakan strategi Muawiyah yang menjunjung AlQuran di hujung pedang untuk mengalahkan tentera Saidina Ali.

Berhati-hatilah!

Posted in Uncategorized | Tagged , | 1 Komen

MB SAMPAI MATI

MB SAMPAI MATI

Nik Aziz bertanding sampai bila-bila

Image | Posted on by | Tagged , , | Tinggalkan komen