Himpunan Sejuta Umat yang bakal dilangsungkan pada 22 Oktober 2011 ini tidak akan disertai PAS. Mesyuarat lujnah Politik yang dilangsungkan pada 18 Oktober 2011 memutuskan bahawa PAS tidak akan menyertainya atas sebab menghormati kehendak penganjur yang tidak mahu melibatkan politik dalam program tersebut.
PAS juga menyatakan mengambil [pendirian bahawa pengukuhan akidah umat Islam hendaklah dilaksanakan menerusi jalan dakwah secara damai sebagaimana Islam telah diterima oleh masyarakat rantau ini.
Persoalannya, adakah PAS sebagai sebuah parti politik benar-benar melaksanakan pengukuhan akidah dan dakwah? Apa yang kita lihat, PAS sedang memecah belahkan ummah. Malah pada satu ketika dan masih berlaku kini, sanggup mengkafirkan saudara seagama demi kelangsungan politik?
