BN TIDAK BERTANDING DI PENANTI?

fuh! BN akhirnya telah membuat keputusan untuk tidak bertanding di DUN Penanti. bagi aku ini adalah satu kejutan yang manis! memangla ramai orang pertikaikan keputusan nih. ada yang cakap takde maruah la. takde telor la. tapi aku setuju dengan tindakan BN nih. buat apa menari ikut rentak orang lain? kalau bertanding pun dah tau kalah. membazir jek.

ada juga yang kata BN menghampakan lebih 5000 penyokong BN pada pilihanraya yang lepas dan menjatuhkan maruah mereka. bagi aku, tak timbul soal menjatuhkan maruah sesiapa.

kita tengok sebab pilihanraya kecil penanti nih terpaksa diadakan. bukan pasal kekosongan jawatan akibat kematian ataupun penyandangnya kena hukuman mahkamah. alasan penyandang mengosongkan kerusi? nak sambung belajar? muahahahhaha piiii raahhhh Fairus… gila ke sorang timbalan ketua menteri 1 nak letak jawatan sebab nak sambung blajar. sambung blajar hapa?

Anwar Brahim kan suka citer pasal konspirasi. semua benda konspirasi. ni salah satu konspirasi dia la! bagi aku semua ni taktik dia nak mencipta satu momentum atau gelombang kemenangan. sebab satu fakta yang tak boleh kita ubah, pilihanraya kecil yang berlaku selepas pilihanraya umum 2008, ialah, BN kalah dikesemua PRK itu kecuali PRK Batang Ai. momentum kemenangan ini akan cuba dikekalkan dengan mencipta alasan untuk PRK yang lain lagi sehinggalah Pilihanraya Negeri Sarawak yang boleh berlaku bila-bila masa. kenapa pilihanraya Sarawak? Pembangkang sememangnya memerlukan sokongan Sabah Sarawak untuk menguasai Malaysia. dan itulah yang paling sukar. sehingga kini, Sabah Sarawak masih kukuh dengan BN. oleh itu, mereka sedang mencuba dengan pelbagai helah dan strategi untuk menawan hati pengundi Sabah Sarawak. Dengan mendapat momentum kemenangan ini, mereka mengharapkan pengundi Sabah Sarawak akan mempercayai ‘kekuatan’ mereka untuk menguasai negara.

dengan tidak bertanding, BN bukan tidak bermaruah, tetapi matang dalam politik. buat apa bertanding hanya untuk kalah? Tahniah BN!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s