DIA TUNJUK DAH DIA PUNYA GILA KUASA…..

* BAGI SAYA ISU BOIKOT MAJLIS ANGKAT SUMPAH YDP MPSP BUKAN HANYA MENUNJUKKAN ‘PAKATAN’ RAKYAT GOYAH. TETAPI LEBIH DARIPADA ITU MENELANJANGKAN SIKAP GILA KUASA ORANG-ORANG YANG BERADA DALAM PARTI-PARTI YANG KONONNYA MEMBENTUK SEBUAH ‘PAKATAN’. NAMPAK SANGAT MEREKA LEBIH SUKA BEREBUT JAWATAN DARIPADA BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT. TU BARU PERINGKAT DAERAH, DALAM MAJLIS PERBANDARAN PUN DAH KECOH. KALAU DAPAT NEGARA MACAM MIMPI SESETENGAH PEMIMPIN DIORANG TUH TAK TAU LA CAMANA!!!!

BACA ARTIKEL DARIPADA BERITA HARIAN (DIPETIK DARI BERNAMA)NIH:

Ketua whip punca boikot: Guan Eng

GEORGETOWN; Tindakan sekumpulan ahli majlis memulaukan majlis angkat sumpah Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) Mokhtar Jait semalam berpunca daripada ketidakpuasan hati Ketua Whip MPSP, Johari Kassim mengenai pelantikan itu.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, berkata beliau difahamkan oleh Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim bahawa Johari tidak berpuas hati kerana beliau tidak dilantik memegang jawatan itu.

“Kita melihat kepada kepentingan ramai bukan kepada kepentingan peribadi dalam pelantikan itu,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Semalam, lapan daripada sembilan ahli majlis PKR memulaukan majlis pelantikan Mokhtar, bekas Pegawai Daerah Seberang Perai Utara (SPU), kerana membantah tindakan Lim yang dikatakan tidak berunding dengan parti itu mengenai pelantikan berkenaan.

Johari mendakwa Lim tidak memanggil PKR dan Pas untuk berunding walaupun sebelum ini telah ada persetujuan di peringkat kepimpinan parti gabungan itu bahawa pelantikan YDP MPSP perlulah dibuat di kalangan pemimpin politik dan jawatan itu diserahkan kepada PKR.

Lim berkata, pelantikan Mokhtar itu berdasarkan prestasi baik yang ditunjukkannya semasa berkhidmat sebagai pegawai daerah sebelum ini.

“Kita perlukan penjawat awam yang berkelayakan untuk memegang jawatan itu. Kita memilih calon yang paling layak tanpa mengira warna kulit, agama dan fahaman politik,” katanya.

MPSP mempunyai 24 ahli majlis dan daripada jumlah itu, 10 diwakili pemimpin DAP, sembilan PKR, dua Pas dan tiga daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan semalam, hanya 14 orang ahli majlis sahaja yang hadir. – Bernama

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to DIA TUNJUK DAH DIA PUNYA GILA KUASA…..

  1. diamjoedahmai says:

    nak tau citer joe yg sebenar dan siapa dia johari kassim….layari..
    diamjoedahmai.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s