takkkk dioranggg takkk goyahhhh ‘pakatan’ masih utuhhhhh

*hahhahah kelakar la zahrain nih. eh zahrain ke kelakar guan eng? zahrain nih la yang kak min sebut ada citer kat hotel jawi tuh ek? hmmmm…..

Zahrain nafi bagi kenyataan kepada Guan Eng

GEORGETOWN: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Datuk Zahrain Mohamed Hashim tidak pernah menyatakan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang Ketua Wip Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP), Johari Kassim ‘mengidam’ jawatan Yang Dipertua (YDP) MPSP.

Bagaimanapun, beliau mengakui ada menghubungi Setiausaha Agung DAP itu tetapi tidak pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.

“Tidak. Tidak. Saya tidak ada menyatakan perkara itu kepada Guan Eng. Mungkin dia salah dengar,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Johari selepas mempengerusikan mesyuarat PKR negeri di sini, petang semalam.

Mesyuarat itu diadakan bagi membincangkan tindakan lapan daripada sembilan Ahli Majlis MPSP dari PKR yang memboikot upacara angkat sumpah YDP MPSP yang baru, Mokhtar Mohd Jait, kelmarin.

Guan Eng menyatakan kepada media yang Zahrain memaklumkan kepadanya yang tindakan lapan Ahli Majlis dari PKR memboikot upacara angkah sumpah itu, disebabkan keinginan Johari untuk menyandang jawatan YDP MPSP.

Hanya seorang Ahli Majlis dari parti itu, Ahmad Farid Md Arshad hadir pada upacara angkat sumpah Mokhtar yang turut dihadiri Guan Eng, Rabu lalu.

Lapan Ahli Majlis itu dikatakan tidak berpuas hati dengan pelantikan Mokhtar berikutan jawatan berkenaan sepatutnya diserahkan kepada ahli politik dari PKR berdasar persetujuan dalam Pakatan Rakyat.

Menjelas lanjut, Zahrain berkata, mesyuarat memutuskan tiada tindakan diambil terhadap Johari dan tujuh Ahli Majlis PKR yang memboikot upacara berkenaan.

“Kami menerima kekesalan disuarakan mereka terhadap kontroversi itu. Kami mengakui ia disebabkan kekecewaan kerana tidak diberitahu apa-apa mengenai pelantikan YDP MPSP yang baru.

“Sebab itu, tiada tindakan diambil. Hanya masalah komunikasi dan kami mencadangkan supaya mesyuarat di kalangan parti dalam Pakatan Rakyat dibuat sebulan sekali,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya juga sudah memaklumkan Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman supaya membawa Johari menemui Guan Eng bagi mendapatkan penjelasan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s