Kerajaan Perpaduan Idea T.G. Haji Hadi?

saya sebenarnya agak lewat memberikan komen mengenai isu kerajaan perpaduan yang hangat dibicarakan akhir-akhir ini. isu ini menjadi lebih hangat apabila muktamar PAS yang berlangsung baru-baru ini memperlihatkan pertentangan dalam pelbagai golongan dalam PAS. golongan erdogan vs ulama dan penyokong Kerajaan Perpaduan (KP) vs penentang. dalam hal ini, kelihatan seolah-olah hanya Hj Hadi dan timbalannya Nasharuddin mat isa bersendirian dalam memperjuangkan gagasan ini. kenapa? saya akan cuba analisiskan mengikut pandangan saya yang masih mentah dalam membaca situasi politik ini.

Husam Musa kelihatan cuba mengambil keuntungan dalam isu ini apabila menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden parti kononnya untuk mengelakkan golongan penyokong kerajaan perpaduan ini berkuasa. namun kuasa Allah mengatasi segalanya. Nasharuddin menang agak besar meninggalkan Husam dam Mat sabu. sementara TG Haji Hadi menang tanpa bertanding. bagi saya, kemenangan mereka ini adalah kekuasaan Allah yang maha mengetahui akan tadbir seluruh alam. selain daripada ahli-ahli Pas yang bijak dalam memilih ketua.

mengapa isu ini tiba-tiba timbul? sedangkan YAB Perdana Menteri (PM) dan YAB Timbalan Perdana Menteri (TPM) menafikan yang gagasan tersebut berasal dari UMNO.

wah satu perkara yang menarik! rupa-rupanya gagasan ini berasal dari PAS sendiri maksudnya dari Presiden dan Timbalan Presidennya la. sebab yang lain menentang. (kecuali ketua penerangan yang baru mintak orang lain jangan komen…) kenapa 2 orang pemimpin tertinggi parti sanggup menggagaskan perkara ini sedangkan mereka dalam perkahwinan (baca-masih bulan madu) dengan pakatan pembangkang yang rasa mereka ‘pakatan rakyat’. saya teringat sewaktu perhimpunan menyambut 100 hari pemerintahan pembangkang di selangor yang berlangsung pada tahun 2008 apabila TG Haji Hadi dengan lantang menyuarakan pandangan beliau bahawa PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dan mewujudkan perkongsian kuasa dengan UMNO/BN. beliau disambut dengan sorakan lebih 40 ribu hadirin pada waktu itu. takkan beliau lupa kan? (kalau lupa pun takpe- melayu mudah lupa. hahahha)

saya fikir sebenarnya 1 perkara yang menyebabkan kedua-dua pimpinan parti PAS secara tiba-tiba seperti merajuk dengan perkahwinan dalam pakatan pembangkang- mereka sudah melihat keretakan dalam pakatan yang rapuh tersebut.

selain itu, dalam sesuatu perkahwinan, selalunya kalau pasangan dah merajuk dan seolah-olah sanggup bercerai, dan intai-intai pasangan lain sebenarnya mungkin disebabkan oleh perkara besar yang sukar untuk dimaafkan.

kita tidak boleh nafikan. sesungguhnya PAS hanyalah melukut di tepi gantang dalam pakatan pembangkang. kedua-dua pemimpin tertinggi ini juga merupakan orang yang selalu berada dalam mesyuarat-mesyuarat tertinggi pakatan pembangkang dan melihat cara pakatan pembangkang menjalankan pentadbiran mereka di negeri-negeri yang dikuasai mereka. saya yakin, kedua-dua pemimpin ini telah melihat satu perkara (atau banyak) yang membawa kesan buruk kepada negara. kalau tidak, takkan mereka sanggup menghadapi kemarahan rakan dalam parti menggagaskan idea ini.

kesimpulannya mudah. saya fikir kedua-dua pemimpin ini sudah jelak dan muak dengan pemimpin pakatan pembangkang lain. mereka lebih seperti orang yang giankan kuasa dan harta tanpa memikirkan kesejahteraan negara. oleh sebab itu mereka mula bersuara… kita lihat lagi perkembangannya nanti!

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s