parlimen kini dah semakin sarkas!

^ FUH, BARU ANGKAT SUMPAH BEBERAPA MINIT DAH PANDAI MENYARKASKAN DIRI (HAHAHHAH IMBUKAN BARU). PUAK NIH AKAN MELAKUKAN APA SAJA UNTUK MENDAPAT POPULARITI. DAN MASALAHNYA, ADA RAMAI YANG SUKA DENGAN GELAGAT SARKAS INI…. BIASALAH… GOLONGAN YANG MALAS NAK PEGI ZOO N SARKAS…

Nizar, rakan buat kecoh di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat kecoh apabila bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, melaungkan “Bubar DUN Perak” sejurus mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang.

Rakan beliau dari Perak, Datuk Ngeh Kor Ham (DAP-Beruas) dan Nga Kor Ming (DAP-Taiping) lantas mengikut dengan melaungkan slogan sama dan memakai lilit kepala hitam dengan tulisan “Bubar DUN” di ikuti beberapa rakan lain.

Suasana Dewan Rakyat terus riuh dan kecoh apabila Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bertikam lidah dengan wakil Pembangkang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia lantas menegur sikap wakil pembangkang itu yang jelas melanggar peraturan Dewan Rakyat dan mengarahkan mereka berhenti.

Beliau mengingatkan mereka bahawa Dewan Rakyat bukan seperti Dewan Undangan Negeri Perak yang boleh mereka perlakukan sedemikian rupa.

Apabila Ngeh dan Nga ingkar, Pandikar Amin memerintahkan mereka keluar Dewan. Beliau juga mengarahkan Nizar yang memulakan kekecohan itu untuk turut sama keluar.

Namun, ia tidak meredakan keadaan apabila beberapa wakil pembangkang lain, termasuk Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), menyambung perbuatan rakan mereka.

Pandikar Amin kemudian mengarahkan wakil pembangkang yang enggan menanggalkan lilit kepala atau lengan berkenaan supaya meninggalkan Dewan Rakyat.

Antara mereka yang memilih untuk keluar ialah Khalid Samad (Pas-Shah Alam), Chong Cheing Jen (DAP-Kuching), N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai) dan Teo Nie Cheng (DAP-Serdang).

Dewan Rakyat kemudian kembali tenang untuk sesi soal jawab dimulakan.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s