Isu pembantu rumah didera

saya tidak menulis posting ini untuk menafikan kes-kes penderaan yang terpaksa dihadapi oleh amah-amah dari luar negara terutamanya dari Indonesia. tetapi saya sedikit terkilan apabila pelbagai pihak memaparkan kisah-kisah ini seperti kes sebegini begitu teruk dan tidak dapat dikawal. malah yang lebih mengecewakan saya saban pagi kedengaran di radio ERA misalnya pertandingan BIBIK TERBAIK. yang mana meminta tuan-tuan kepada pembantu rumah ini menelefon radio tersebut sambil memuji-muji bibik mereka untuk menang pertandingan tersebut.

begitu juga radio IKIM.FM yang pernah saya dengar semalam 18 jun 2009 menyiarkan pandangan-pandangan baik-baik dan muluk-muluk tuan rumah kepada pembantu rumah mereka. saya tidaklah ingin mengatakan bahawa tindakan radio tersebut salah. tetapi bagi saya ia agak keterlaluan.

semenjak beberapa hari ini memanglah kita mendengar kes-kes pembantu rumah di dera dan ada juga kes dibunuh. tetapi rasanya kes sebegini hanya berlaku beberapa kes. tetapi kita terlalu memberikan perhatian berat sehingga ia kelihatan begitu besar. media tidak bersalah untuk melaporkan berita sebegini tetapi bagi saya ia tidak perlu di berikan highlight dan juga follow up. ini kerana secara tidak langsung ia akan memberikan promosi kepada kelemahan kita dan melibatkan imej negara sebenarnya kerana ia berkaitan dengan perhubungan antara dua negara.

Kementerian Sumber Manusia pula dengan begitu tangkas mengumumkan cuti untuk pembantu rumah sekali seminggu. ini juga boleh dianggap sebagai over-react oleh agensi tersebut. kita tidak mahu berlaku lagi kes seperti wanita yang dipaksa bogel dan dirakam gambarnya di dalam telefon bimbit dan disebarkan dengan kononnya mangsa adalah wanita Cina. tindakan over-react Kerajaan boleh dilihat apabila seorang Menteri Kabinet telah ke negara China (macam antar upeti plak) untuk menerangan perkara tersebut kepada negara China. dan kelakarnya wanita yang menjadi mangsa tersebut adalah wanita Melayu warganegara Malaysia.

The Star hari ini memetik Erman Surpano, Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi Indonesia menyatakan Indonesia akan menghentikan penghantaran pembantu rumah ke Malaysia jika perlu. dan ini hanya akan dibincangkan pada mesyuarat dengan pihak Malaysia pada 15 Julai 2009.

bagi saya perbuatan mendera amah adalah perbuatan kejam dan bukan manusiawi dan patut dihukum, tetapi selain daripada itu, media dan pelbagai pihak lain, sewaktu memberikan komentar atau liputan mengenai perkara tersebut perlu memikirkan aspek maruah negara dan kesannya berita sebegini didedahkan secara besar-besaran. saya percaya dengan menyebarkan berita ini secara aktif tidak mampu membendung masalah ini, ia cuma akan memburukkan lagi imej negara.

kenapa tiada pihak yang cuba menemuramah tuan rumah yang kene tipu dengan pembantu mereka? berapa ramai yang kehilangan wang dan barnag berharga? berapa ramai yang bila pulang ke rumah melihat anak kecil tinggal sendirian bibik dah lari. berapa ramai yang kena tipu dengan bibik yang mintak balik kampung tengok ayah sakit dan terus hilang? berapa ramai yang laki kene curik dengan bibik. berapa ramai yang kena ilmu hitam dengan bibik sampai minum air kencing mereka? wah kalau saya sambung ayat nih ada lagi lapan blog nak kena bukak pasal tak cukup storage. ha ha. tuan rumah pun kene dera jugak walaupun bukan fizikal tetapi penderaan mental yang lebih teruk kesannya.

kesimpulannya, media dan para pemimpin sepatutnya tidak memperbesarkan isu-isu yang melibatkan perhubungan antara dua negara. ini kerana ia boleh menjejaskan keselamatan selain memberi imej buruk kepada negara.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Isu pembantu rumah didera

  1. azmarita amin zahari says:

    assalamualaikum
    pada pendapat saya, pihak kerajaan hanya ingin menjaga nama baik dan jalinan persahabatan dgn negara jiran…tp mmg benar nampak macam takut sangat dgn indon2 nih..

    sudah tiba masanya kita mengambil atau melatih pembantu rumah domestik dari masyarakat kita sendiri…ramai budak2 diluar sana yg tak pergi sekolah samada sebab kemiskinan atau school drop outs…mengapa pihak kerajaan specifically kementerian pembangunan wanita n masyarakat buat sesuatu..sediakan module mendidik anak2 ini, menjadi pembantu rumah profesional di mana tangga gaji boleh mula dari RM900 ….ini cuma idea yg datang dlm pemikiran saya…takde la kita terlalu bergantung pada bantuan domestik dari luar esp indonesia..diorang ni bak kata pepatah bagi betis nak peha..cepat tak sedar diri…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s