INKUES KEMATIAN TEOH BOON HOCK

Inkues kematian Teoh, seorang setiausaha politik kepada exco negeri Selangor sewaktu dalam siasatan SPRM berlangsung pada hari ini. Saya mengamati kes ini dari mula. kelihatan pembangkang amat pandai memainkan isu ini dengan melemparkan bermacam tuduhan kepada SPRM dan Kerajaan.

Tapi bagi saya ada beberapa fakta yang perlu di ambil kira;
1. Teoh merupakan saksi SPRM. Kalau beliau mati, SPRM kehilangan saksi/bukti penting.
2. Siasatan yang dijalankan adalah akibat dakwaan salahlaku/salahguna kuasa/rasuah Exco dan ADUN pakatan pembangkang (kerajaan negeri) Selangor.
3. Salah seorang ADUN Selangor sebelum itu meminta barisan Exco Selangor disusun semula akibat banyak perkara yang tidak betul berlaku dalam pentadbiran negeri.
4. Terdapat dakwaan bahawa ADUN dan EXCO Selangor terlibat dengan kegiatan kongsi gelap.

– Beberapa fakta ini membuktikan SPRM tidak mempunyai apa-apa sebab untuk membunuh Teoh. Tapi pembangkang terutama blogger mereka cukup pandai menjadi penulis skrip. Antaranya RPK yang mencipta skrip kononnya pegawai SPRM menjalankan siasatan dengan kasar/keras dan mengugut akan melemparkan Teoh ke bawah bangunan tetapi terlepas sehingga Teoh terjatuh. HAHAHAHAH lawak!!! RPK inilah yang menjadi penulis skrip banyak cerita dongeng sebelum ini dan kini berada dalam pelarian.

Yang mempunyai sebab untuk membunuh Teoh sudah tentu orang yang mempunyai rahsia, dan rahsianya akan dipecahkan oleh Teoh kepada SPRM. Saya tidak menuduh sesiapa- fikir sendiri la siapa ek.

Inkues hari ini mendedahkan 2 orang yang terbabit tidak mahu memberikan kerjasama iaitu TAN BOON WAH, KONTRAKTOR KES PROJEK BENDERA DAN LEE WYE WING PENASIHAT TEKNIKAL YANG DISIASAT SPRM PADA HARI YANG SAMA BERSAMA MENDIANG ENGGAN MEMBERI SAMPEL DNA MEREKA.

FUH… akan ada kejutan????

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s