Perhimpunan GMI

Hari ini berlangsung perhimpunan haram yang dianjurkan kononnya oleh NGO, Gabungan Mansuhkan ISA (GMI).

Persoalannya, benarkah ia dianjurkan oleh NGO? Badan yang bebas ataupun masih di belakangnya ada orang-orang politik yang sedang mem’boneka’kan GMI.

Terdapat lebih 10,000 penyokong berkumpul di hadapan SOGO, kemudian berarak ke Dataran Merdeka, Masjid Negara dan seterusnya ke Istana Negara. Polis terpaksa menyuraikan mereka dengan gas pemedih mata. 310 orang telah ditahan sehingga jam 5 petang, menurut Ketua Polis Kuala Lumpur.

Perhimpunan ini menyebabkan kesesakan jalanraya yang teruk di ibu kota. Termasuk di beberapa kawasan yang menjadi pintu masuk ke Ibu Kota. LRT juga tergendala akibat perhimpunan haram ini.

Tindakan mereka yang menyertai perhimpunan haram ini sebenarnya menyusahkan ramai yang mahu memasuki Kuala Lumpur.

walaupun begitu, di beberapa tempat tumpuan umum seperti KLCC yang turut berlangsung PC FAIR, puluhan ribu warga kota/rakyat Malaysia turut berada di situ tanpa mengendahkan perhimpunan haram tersebut. ini menunjukkan ramai juga rakyat Malaysia tidak ambil kisah tentang ISA.

Saya tak pernah peduli tentang ISA. Sebab saya tahu, saya seorang rakyat yang baik, tidak pernah melanggar undang-undang dan tidak pernah terlibat dengan kegiatan yang boleh mengancam keselamatan negara. Oleh sebab itu, saya yakin, saya tidak terancam dengan ISA.

Isu ISA ini menjadi begitu popular selepas kemelut politik negara yang berlaku selepas penahanan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) pada tahun 1998.

Sebelum itu, walaupun ISA telah dilaksanakan sejak 1960, namun ia hanya dikritik dan tidak pernah berlaku bantahan secara besar-besaran seperti ini.

DSAI sewaktu menjadi pemimpin UMNO/Barisan Nasional bahkan menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia tidak pernah cuba untuk berusaha menentang atau menghapuskan akta ini.

Akta ini boleh di pinda atau dimansuhkan mengikut perlembagaan negara melalui dewan rakyat. Kerajaan yang menjadi majoriti di Dewan Rakyat adalah BN. Maka pembangkang harus mempunyai sokongan rakyat dan majoriti di Dewan Rakyat untuk berbuat apa-apa ke atas ISA.

Sepatutnya pembangkang menghormati demokrasi yang menunjukkan BN mendapat mandat rakyat untuk mentadbir negara.

Malangnya pembangkang yang ada di Malaysia hanya kuat membangkang, mencari kesalahan Kerajaan, mengeksploitasi segala isu untuk menekan Kerajaan, semata-mata untuk kepentingan politik mereka.

Pembangkang telah menguasai 5 buah negeri (tolak satu jadi empat). Namun masih tidak nampak apa-apa kebaikan yang dilaksanakan mereka kepada rakyat selain daripada cercaan kepada BN dan mempolitikkan segala perkara untuk political mileage mereka.

* senang cerita, aku tak paham kenapa kene buat demonstrasi, rusuhan la. kan menyusahkan orang. berusaha la memenangi hati rakyat dan mendapat mandat rakyat. bila dah dapat mandat buat la apa pun. nampak sangat pembangkang nih busuk hati dan berniat jahat. Sedih tengok orang yang bijak-bijak diperbodohkan oleh beberapa orang yang gila kuasa.

– tulisan ini agak berkecamuk kerana perasaan saya yang berkecamuk antara kasihan dan bengang dengan para boneka yang senang dipermainkan oleh golongan yang gila kuasa.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s