Husam perlu belajar bersyukur!

Semalam, YAB PM umumkan bagi wang ihsan kepada rakyat kelantan melalui peruntukan pembangunan. ini adalah satu perkara yang baik dan perlu di berikan ucapan terima kasih! malangnya pemimpin-pemimpin pembangkang masih mahu berpolitik tentangnya.

Daripada segi perundangan, Kelantan seperti juga Terengganu tiada hak menuntut royalti kerana pada masa ini tiada pengeluaran petroleum dari perairan kedua-dua negeri itu yang ditakrif lebih tiga batu nautika (5.55 kilometer) dari tikas air surut atau pesisir. jadi memang tak layak la dapat. oleh kerana kebaikan hati Kerajaan persekutuan yang mahu membela nasib rakyat Kelantan dan Terengganu yang masih lagi tergolong dalam golongan miskin, Kerajaan Persekutuan bagi jugak.

TG Nik Aziz dalam komennya mengucapkan syukur bagi keputusan ini walaupun tidak bersetuju dengan penggunaan nama ‘wang ihsan’. beliau sampai nak berpuas tiga hari bagi menyatakan syukur beliau pada tuhan.

Manakala Husam pulak menolak pemberian tersebut dan siap nak kaji perundangan la bagai! ini menunjukkan muka sebenar Husam yang selama ini cuba untuk menguasai PAS melalui Nik Aziz. Husam seorang pemimpin yang terlalu banyak berpolitik dalam PAS. sudahla Husam…

Bagi aku? terima jek la. pedulikkan nama wang ihsan ke wang sedekah ke, wang royalti ke, janji matlamat dia sama- untuk membangunkan dan membantu rakyat miskin.

Errr tapi pada JPP plak, pengagihan wang nih plak, buat dengan cara telus la, bagi kepada rakyat yang betul-betul miskin dulu, jangan tuju pada ‘orang miskin’ yang tak miskin sebenarnya! ini tanggungjawab dunia dan amanah utk akhirat beb!!!

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Husam perlu belajar bersyukur!

  1. Tintaemas says:

    Berita gembira yang diumumkan oleh PM kepada rakyat Kelantan nampaknya mendapat reaksi yang bebeza daripada dua orang pimpinan utama Kerajaan Kelantan.

    Pandangan Nik Aziz dengan Husam Musa nampaknya bercanggah kali ini. Nik Aziz setuju dan akan berpuasa 3 hari untuk menunaikan nazar setelah PM setuju nak beri wang ihsan kepada rakyat Kelantan. Husam Musa pula menolak wang ihsan.

    Pesan ana la… belajarla bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan tu. Jangan pula kita ni digolongkan oleh Allah dalam golongan orang yang tidak bersyukur. Sebagaimana dalam satu hadith nabi yang bermaksud: “Barang siapa yang tidak berterima kasih dengan manusia maka dia tidak bersyukur kepada Allah.”

    Ana juga berharap rakyat Kelantan tidak selamanya diperbodohkan dengan maklumat-maklumat yang tidak betul. Setiap apa yang berlaku pasti ada rahmatnya. Gunakanlah akal yang dikurniakan Allah sebaik mungkin. Berfikir menggunakan akal berkandaskan keimanan bukannya akal yang dipengaruhi nafsu amarah.

    Wallahu ‘alam…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s