DS Rosmah dapat RM 7 juta

Kerabat Arab beri Rosmah RM7 juta hargai kejujuran
06/11/2009 3:57pm

PUTRAJAYA 6 Nov. — Semasa bercuti dengan keluarga di selatan Perancis pada Ogos lepas, Datin Seri Rosmah Mansor terjumpa sebuah kotak milik Putera Saud Al-Saud dari Arab Saudi dalam sebuah bot dan memulangkannya kepada kerabat diraja itu.

Sebagai balasan kerana kejujurannya itu, isteri Perdana Menteri diberikan US$2 juta untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Hari ini, Rosmah mengagihkan sebahagian wang itu berjumlah RM20,000 setiap satu kepada 13 persatuan amal termasuk Persatuan Bekas Tentera Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Majlis AIDS Malaysia, Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Persatuan Orang Cacat Anggota Malaysia dan Persatuan isteri wakil rakyat Barisan Nasional di setiap negeri.

Beliau berkata, US$1 juta lagi akan diserahkan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia yang menguruskan Sekolah Permata Pintar bagi menampung pembelian keperluan sekolah manakala baki RM2.98 juta akan disimpan dalam tabung khas Bakti bagi membiayai kos rawatan kanak-kanak dan wanita yang berpenyakit kronik yang tidak berkemampuan. – Bernama

1. Apakah perlu cerita ini disiarkan?
2. apakah ini akan menaikkan imej DS Rosmah di mata rakyat?
3. saya yakin ini akan dijadikan modal pembangkang untuk menyerang DS Rosmah.
4. pendapat aku, cerita sebegini tidak perlu disiarkan kerana dalam keadaan sekarang, suasananya tidak begitu sesuai untuk didedahkan.
5. namun aku mengucapkan tahniah kepada DS Rosmah yang menjulang nama Malaysia di mata Keluarga di raja arab dan dunia sebagai rakyat dan keturunan yang sangat bertanggungjawab dan amanah.
6. Tahniah juga kepada DS Rosmah yang membuat keputusan untuk memberikan wang tersebut kepada banyak pihak untuk tujuan kebaikan.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s