SPEAKER Selangor (DAP) mula bengang dengan tindakan AMK (angkatan muda keadilan) yang dok ingat pejabat dia macam pejabat pos. ada ke paksa pejabat speaker serahkan memorandum pada badrul hisham yang keluar pkr, jadik bebas minggu lepas. badrul tu keluar dari pkr pun sebab dah bengang ngan anwar brahim n pkr jugak pr yang nak paksa dia letak jawatan.
Dah la suh letak jawatan, tuduh lak badrul gila. teruk betul pkr nih. kalau dah tau kawan tuh gila pasai pa kasik dia bertanding ari tuh!

pakatan diorang pun rapuh, tu sebab dok gaduh sama sendirik dan buat keje tak senonoh sama sendirik.

baca la bawah nih!:

“Jangan anggap pejabat Speaker pejabat pos”
09/11/2009 3:34pm

SHAH ALAM 9 Nov. — Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim hari ini menegur tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.

“Saya tersinggung…ini satu tindakan tidak sopan…mereka boleh serah memo tetapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos… pejabat speaker harus dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian,” katanya.

Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Teng berkata pada sebelah pagi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad telah bersetuju menerima memorandum bantahan daripada AMK tetapi AMK bertegas mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum itu kepada Badrul Hisham. “Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul,” tegasnya.

Teng yang jelas kecewa dengan perkara itu berharap AMK dan mana-mana parti politik lain tidak mengulangi tindakan sedemikian.

– BERNAMA

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s