POlitik Buang Orang

masalah utama MCA adalah presidennya suka buang orang. pecat memecat. sebelum ini walaupun MCA sememangnya ada masalah semenjak pemilihat parti terakhir yang memperlihatkan Ong Tee Keat menang presiden dan Chua Soi Lek menang timbalan, namun tidak dilihat oleh orang luar. sehinggalah secara tiba-tiba majlis presiden memecat Chua.

Kemudian CC (jawatankuasa pusat) MCA mengurangkan hukuman kepada Chua dengan menggantung jek. ini menyebabkan kem chua marah dan mendesak diadakan EGM.

EGM pertama ini memperlihatkan tiada siapa yang menang kerana kedua-dua pemimpin tersebut kalah apabila, resolusi mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden ditolak. Ong juga tidak menang apabila resolusi tidak percayakan kepimpinan beliau turut menang. nah. ini sungguh aneh.

secara tiba-tiba muncul kuasa ketiga dalam MCA. naib presiden, Liow Tiong Lai di lantik menjadi TImbalan Presiden. waktu nih nampak Liow masih lagi sekutu rapat presiden. namun desakan supaya presiden meletakkan jawatan rupa-rupanya berasal dari kem Liow. wah. aneh dan menarik.

kuasa ketiga yang kononnya tidak di dalangi sesiapa secara tiba-tiba mula terbuka hijabnya. Liowlah orangnya. Ahli CC, Ti Lian Ker telah menulis tentang perkara nih dalam blog dia, tapi Liow marah dan menafikannya. sekarang nih dah nampak jelas.

Ong Tee Keat mula menunjukkan kuasa apabila memecat 4 orang (rasanya) daripada ahli CC yang menyokong Liow. opsss lupa nak citer, ada 16 orang daripada ahli CC yang meminta di adakan EGM kedua.

kalut-kalut ini semakin pening apabila Ong Tee Keat memecat pulak beberapa orang ahli majlis presiden yang menyokong Liow. nah antara yang tersingkir, Wee Ka Siong dan Chew Mei Fun, wah ketua pemuda dan ketua wanita tidak ada dalam CC? hahhaha kalut.

bayangkan kalau lebih ramai tidak menyokong beliau dalam parti? adakah Ong Tee Keat akan terpaksa memecat semua ahli MCA? kita tunggguuuu….

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s