Suasana Politik Terkini

Kelantan: TGN Aziz sedang di serang hebat akibat kesilapannya sendiri melantik menantunya Ariffahmi menjadi CEO sebuah syarikat milik Kerajaan Negeri. Ariffahmi dikatakan seperti kaduk naik junjung dengan cuba meletakkan tapak politik beliau melalui jawatannya. ini menyebabkan ramai tidak puas hati. isu ini bertambah hangat apabila blogger kickdafella, Sheih diberhentikan daripada syarikat tersebut atas alasan tidak komited dengan kerja namun alasan sebenar adalah kerana dia dikatakan melaporkan kepada SPRM sehingga SPRM menyiasat Ariffahmi.
Isunya adalah mengapa TGN Aziz melantik menantunya memegang jawatan tinggi yang mempunyai kaitan dengan tugas beliau sebagai MB Kelantan? bukankah ini satu bentuk salah guna kuasa nepotisme? yang selama ini ditentang oleh TGN Aziz dan partinya. maka tak ada bezalah TGN Aziz dengan Pak Lah yang diserang hebat akibat kehadiran Khairy Jamaluddin dalam arena politik?

TGN Aziz cuba untuk buat koner baring memesongkan isu dengan berdoa supaya DS Najib dan UMNO dibinasakan jika tidak beri royalti minyak kepada Kelantan. nah. ini nampak sangat. tapi malang la apabila, pakar-pakar propaganda dan perang saraf UMNO tidak menggunakan isu TGN Aziz dan menantunya ini sebagai peluru yang berkesan. apa yang kita nampak hanyalah serangan yang mengikut rentak yang di gendangkan oleh pembangkang.

Selangor: Kerajaan negeri yang dipimpin PKR dan dibonekakan DAP dan ANwar Brahim nih pulak tetiba bangkitkan isu BTN. sejak dulu, sebenarnya takde nampak lagi jasa kerajaan pakatan pembangkang yang rapuh nih berjasa terhadap rakyat selangor kecuali membantai duit KDEB untuk bayar kepada Syabas bagi subsidi rebat air kepada rakyat selangor- ala tak sampai 12 hengget pun.

kursus BTN nih dah lama di adakan. malah pernah digunakan oleh Anwar Brahim sebagai senjata politik dia. Hassan Ali pernah jadik Timbalan Ketua Pengarah malah MB Khalid Brahim pernah menjadi penghulu dalam satu kursus yang diadakan. diorang bukan tak tau bahawa kursus BTN nih adalah untuk memperkukuhkan orang Melayu dengan menanamkan semangat patriotik melalui mengenali sejarah bangsa, ekonomi dan sahsiah. dan persoalannya, kenapa tunggu lebih setahun memerintah baru nak haramkan? apa yang aku nampak sebenarnya Kerajaan Serlangor nih dah takde modal, takut di serang dia carik kelemahan orang lain untuk dia serang dulu.

malangnya seperti biasa BN dan UMNO masih tak nampak. masih menari ikut gendang. yang paling aku sedih apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, DS Nazri Aziz buat kenyataan yang seolah-olah sokong Lim KIt SIang iaitu akan ubah silibus kursus BTN yang tidak menggambarkan 1Malaysia.

Bagi aku takde masalah BTN dan 1Malaysia. kursus yang aku pernah hadiri tahun 1995 dulu rasanya takde pun kutuk orang Cina atau India, dia cuma memperkukuhkan motivasi supaya orang Melayu berjaya. Ini penting apabila kita melihat orang Melayu memang masih perlukan kursus sebegini untuk menaikkan semangat (walaupun mungkin orang melayu tidak akan berubah hanya dengan 3-4 hari berkursus). Tak pe la kursus BTN untuk orang Melayu sebab kita masih ketinggalan.

Perak: semalam pemimpin DAP memijak poster 3 orang ADUN yang bertindak keluar dari pakatan rapuh dan menjadi BEBAS yang menyokong BN. Kelakar la LIm KIt Siang dan kuncu-kuncunya nih. nyanyuk kot. pijak poster buat hapa, sedangkan inilah demokrasi. apa yang dilakukan oleh 3 orang ADUN nih berteraskan demokrasi, tapi DAP yang konon memperjuangkan demokrasi pijak plak gambar diorang. huhuhu bodo punya olang.

Panjang plak aku tulis hari nih. nanti kalau ada lagi yang menyemakkan kepala hotak aku aku tulis ah.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s