DUMC: Di Dalangi UMNO Atau PAS Sudah Terdesak?

Selepas 13 hari isu siasatan JAIS ke atas Damansara Utama Methodist Church (DUMC) pada 3 Ogos 2011, Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS membuat kenyataan rasmi mengaitkan isu tersebut dengan UMNO.

Menurut Mustafa, beliau mempunyai bukti kukuh bahawa tindakan JAIS tersebut mempunyai motif politik. Secara kebiasaannya Menteri Besar Selangor, Exco Kerajaan Negeri dan Pengarah JAIS akan dimaklumkan sebelum sebarang tindakan dijalankan. Ini berlaku sebaliknya dalam kes ini apabila ketiga-tiga mereka hanya dimaklumkan selepas kejadian tersebut.

Mustafa menggesa pemimpin dan ahli PAS tidak terperangkap dengan UMNO. Beliau mendakwa kes DUMC berkaitan dengan sasaran menggugat kestabilan Kerajaan Negeri Selangor dan perpaduan Pakatan Rakyat.

Persoalannya kenapa selepas 13 hari? Ini membuktikan bahawa PAS bersengkang mata memerah otak untuk memikirkan bagaimana untuk memutarbelitkan isu ini. Nyata isu DUMC mencalar imej PAS yang kononnya memperjuangkan Islam. Program ‘Thanksgiving’ yang diadakan pada 3 Ogos tersebut mempunyai elemen-elemen cubaan memurtadkan umat Islam. Ini terbukti dengan pelbagai pendedahan oleh JAIS sendiri termasuk bekas pesuruhjaya PAS negeri yang juga Exco Kerajaan negeri yang menjaga hal ehwal Islam.

Sebenarnya PAS sendirilah yang gagal dalam hal ini. Sepertimana yang kita tahu, JAIS di bawah bidang kuasa negeri. Secara pentadbirannya, Exco dan Kerajaan negeri mempunyai kuasa eksekutif.

JAIS yang kita ketahui sebagai Jabatan Agama Islam yang paling aktif mempertahankan kesucian agama Islam seringkali diserang PAS apabila tindakannya tidak menyenangkan sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat khasnya DAP. Malang bagi umat Islam apabila parti yang kononnya menjadi pejuang agama Islam rupanya lebih mementingkan kelangsungan politik mereka daripada perjuangan sebenar.

 

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s