Muammar Gadafi, pemimpin Libya pula ditembak mati malam tadi. Beliau digelar dengan pelbagai kecaman terutamanya barat. Saya tak peduli dengan tuduhan, tohmahan, kecaman, atau pun mungkin benar dia jahat. Tetapi sebagai seorang Islam marilah kita sedekahkan Al Fatihah untuk beliau.
Persoalannya, selepas kematian Saddam Hussain, adakah Iraq tenteram dan aman? Setelah kejatuhan Hosni Mubarak, Adakah Mesir semakin maju, aman dan tenteram? Banyak lagi revolusi yang kita telah saksikan membawa lebih bencana kepada bangsa dan negara tersebut.
Ada orang mau bicara tentang revolusi di negara kita ini. Maukau kita bersekongkol merosakkan negara?