Belum Jadi PM Dah Nak Tembak Rakyat

Melihat video di atas, maka kita semakin tidak hairan kenapa penyokong-penyokong PR samseng-samseng belaka. Jelas bahawa budaya samseng memang sengaja diterapkan oleh mereka sehingga Anwar sanggup membiarkan pengawal peribadinya menghalakan pistol kepada rakyat yang tidak bersenjata.

Bukannya Anwar sedang menghadapi bahaya akan dicederakan atau dibunuh tetapi hanya di’ganggu’ secara verbal sahaja, itu pun dari jauh. Tetapi, nampaknya Anwar benar-benar seorang pengecut sehingga tidak dapat menahan walaupun gangguan ‘verbal’ dan memaksa pengawal peribadinya mengugut untuk menembak rakyat dengan pistol.

Ironi sekali seorang pejuang demokrasi yang warak dan terbuka tidak dapat bersikap tenang bila dicabar atau diejek. Sedangkan di masa yang sama Anwar mengajar penyokongnya berbuat yang sama iaitu mencabar dan mengejek pihak berkuasa, pemimpin kerajaan dan sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dengannya.

Pun begitu, tidak sekali pun Dato’ Seri Najib atau mana-mana pemimpin kerajaan pernah mengugut untuk menembak penyokong Anwar kerana sering mengejek mereka walaupun pemimpin kerajaan mempunyai segala akses kepada pasukan bersenjata.

Melihat tindakan pengawal peribadi Anwar, kita menjadi gerun membayangkan jika Anwar benar-benar menjadi Perdana Menteri. Jika baru diejek sudah diugut akan ditembak, apatah lagi jika dikritik dengan berfakta dan lantang? Tidak mustahil Anwar sanggup ‘menghapuskan’ sesiapa sahaja yang berani mengkritiknya ketika itu.

Anwar telah secara langsung memperlihatkan sikap dwistandardnya jika beliau menjadi Perdana Menteri di mana rakyat yang tidak menyokongnya tidak akan dibela malah akan dilayan dengan samseng dan kejam. Berbeza dengan kerajaan BN yang melayan semua rakyat sama rata termasuk penyokong PR.

Sebagai manusia yang sanggup melakukan apa sahaja untuk berkuasa, Anwar tentu sanggup melakukan lebih lagi untuk mengekalkan kuasa. Apatah lagi dengan kuasa yang ada, beliau mampu mengawal segala-galanya.

Namun begitu, apa yang menjadi buah mulut rakyat sekarang ialah bukan sahaja mengenai tindakan pengawal peribadinya yang samseng tidak bertempat, tetapi juga mengenai hak, kemampuan dan motif Anwar untuk mempunyai pengawal peribadi yang sebegitu ramai.

Anwar, diketahui bebas ke mana sahaja di dalam Malaysia dan serata dunia, malah mahkamah juga telah melepaskannya walaupun bukti begitu kukuh untuk mensabitkannya.

Oleh itu, walaupun Anwar cuba membayangkan yang beliau diancam tetapi tiada siapa yang percaya. Jika benar kerajaan ingin menghapuskan Anwar, tentu sekali beliau sudah pun disumbat ke dalam penjara atau mungkin juga telah terhapus lama dahulu. Ini tentu mengurangkan beban kerajaan untuk melayan karenahnya yang tidak jemu-jemu cuba mengkhianati, mengsabotaj dan menghuru-harakan negara saban hari.

Tetapi kerajaan tidak pernah mengancam Anwar kerana Anwar bukan siapa-siapa. Beliau hanyalah seorang bekas banduan, peliwat dan penzina yang terus bermimpi untuk menjadi Perdana Menteri walaupun partinya sendiri sudah nyawa-nyawa ikan dan hanya hidup atas kebodohan PAS serta kebijaksanaan DAP yang ingin memperalatkannya.

Justeru, kenapa Anwar perlukan pengawal peribadi yang sebegitu ramai? Khabarnya sehingga 7 orang untuk satu-satu masa dan bertukar pula mengikut syif tertentu. Apakah dan siapakah yang Anwar takutkan? Atau apakah mereka hanya diupah Wan Azizah agar memastikan Anwar ‘tidak kecundang’ lagi? Dan dari mana Anwar mendapatkan wang mengupah sebegitu ramai pengawal peribadi bersenjata?

Anwar sebenarnya cuba memperlihatkan kepada dunia bahawa beliau amat berpengaruh sehingga menyebabkan nyawanya dalam keadaan bahaya kerana kononnya kerajaan melihatnya sebagai ancaman dan perlu dihapuskan.

Namun, rakyat melihat sebaliknya.

Rakyat kini melihat Anwarlah sebagai ancaman kepada mereka. Imej negara tidak aman yang ingin dipamerkan Anwar sebenarnya memakan diri. Walaupun ia mampu meraih minat dan sokongan asing, tetapi ia hanya menipiskan lagi peluang Anwar untuk menang dalam PRU kali ini.

Rakyat tidak suka dengan corak negara tidak stabil yang ingin diwujudkan Anwar dan di masa yang sama rakyat memandang sinis sifat pengecut di sebalik sifat samseng yang ditonjolkan melalui tindakan pengawal peribadinya.

Kesimpulannya, lebih ramai pengawal peribadi yang diupah Anwar, lebih sinis pandangan rakyat terhadap Anwar dan lebih takut mereka kepadanya. Rakyat takut tertembak jika dekat dengannya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s