Air Percuma Tak Lestari

Dasar kerajaan Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lalu adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari.

Ahli akademik, Prof Dr Suhaimi Abdul Talib, berkata dasar itu menyebabkan hasil kerajaan negeri terus merosot yang sepatutnya digunakan untuk meningkatkan kemudahan infrastruktur.

“Walaupun air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air,” katanya kepada Bernama.

Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi MARA (UiTM) itu memberi amaran: “Kita tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga. Kita perlu sedar bahawa sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak,”

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru perlu bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri secara terbaik.

Dr Suhaimi berkata beliau menentang dasar air percuma kerana persoalan berhubung kemampuan bukan satu isu.

“Jika kita perlu membayar bil air sebanyak RM40 sebulan apa sangat dengan RM40? Anak anda belanja lebih daripada RM40 ke atas (telefon bombit) prabayar. Jadi, ia bukan satu persoalan mengenai kemampuan. Kita sepatutnya membayar bil air kita,” katanya.

Beliau berkata rakyat Selangor perlu dididik supaya mengubah tanggapan mereka mengenai air dengan cara menghargai nilai sebenar air dan ini tidak boleh dilakukan selagi mereka mendapat bekalan air percuma.

“Rakyat selangor kena guna air secara berhemat supaya setiap penduduk dapat mengurangkan penggunaan sebanyak 20 peratus. ini bermakna kapasiti di empangan-empangan kita boleh meningkat 20 peratus. Ini adalah sesuatu yang kita terlepas pandang,” katanya.

Beliau berkata negara maju telah menukar daripada pengurusan sumber air kepada pengurusan permintaan sambil menambah ‘kita perlu mengawal rakyat yang menggunakan air’.

“Hanya ada satu cara bagi kita untuk memastikan penggunaan air secara lestari. Kita mesti mengubah tingkah laku kita terhadap air dan hanya melalui pengubahsuaian tingkah laku membolehkan kita mengekang permintaan yang tidak terkawal. Sudah tentu, permintaan akan meningkat tetapi kadar peningkatan itu boleh dikawal,” katanya.

Dr Suhaimi juga menjelaskan jika peningkatan tarif air tidak dapat dielakkan, kenaikan setiap beberapa tahun perlu wajar dan dengan persetujuan kerajaan.

“Maksudnya, dalam negara ini, apa saja (bayaran bagi) barangan dan perkhidmatan yang akan dinaikkan akan memberi gambaran buruk ke atas kerajaan. Kita biasanya dapat apa sahaja dengan percuma melalui subsidi, jadi bila anda cuba mengambil balik orang ramai akan kata ini hak kami. Jadi masalahnya dengan rakyat Malaysia adalah ini..ia bukannya persoalan mengenai kemampuan, kita boleh membayar tetapi ia satu persoalan mengenai kesediaan individu untuk membayar,” katanya.

#Petikan : Berita Harian

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s