Azizan Bertekad Pertahankan Jawatan Sampai Mati?

Jawatan MB Kedah boleh dikatakan jawatan yang paling panas, malah lebih panas dari jawatan MB Selangor dan Perdana Menteri sendiri. Ini berdasarkan jumlah mereka-mereka yang tergila-gilakan jawatan tersebut sama ada dari parti lawan, dan jauh lebih dahsyat ialah dari dalam parti PAS sendiri.

Parti pembangkang Kedah, iaitu BN dilihat lebih tenang dalam memperkatakan calon MB tetapi, keadaan yang sama tidak berlaku di dalam parti PAS. Dengan begitu ramai yang merasakan diri mereka layak untuk menjadi MB, kedudukan Azizan semakin hari semakin getir.

Malah, PAS Pusat juga tidak ketinggalan memberi tekanan kepada Azizan kerana termakan hasutan para parasit yang tidak gemarkan kepimpinan ulama.

Umum sedia maklum bahawa tentangan paling hebat terhadap Azizan datang dari exconya sendiri yang sebelum ini telah secara terbuka menentangnya dan menuntut beliau meletakkan jawatan. Bukan sekali, malah banyak kali kedengaran exco ini mencabar atau mengutuk Azizan secara berdepan dan juga di belakang.

Mungkinkah kepimpinan PAS Pusat sedang menyediakan si-exco ini untuk menggantikan tempat Azizan?

Alasan yang digunakan oleh musuh-musuh Azizan untuk ‘menjerut’ beliau adalah masalah kesihatan. Ini kerana, semenjak beberapa bulan kebelakangan ini, Azizan sering keluar masuk hospital atas berbagai masalah antaranya, jantung, diabetes, tekanan darah dan berbagai-bagai lagi. Azizan juga dikatakan sering keletihan dan tidak berdaya untuk bergerak cergas.

Masalah kesihatan Azizan sampai ke kemuncak apabila beliau gagal menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjurannya sendiri pada 25 Ogos yang lalu. Majlis yang dihadiri ribuan rakyat Kedah, terpaksa dikendalikan sendirian oleh isteri beliau, To’ Puan Hajjah Faikah yang mana menyebabkan ramai rakyat kecewa dan tertanya-tanya.

Khabarnya, keadaan Azizan pada hari tersebut dan malam sebelumnya adalah agak mencemaskan. Sejauh mana berita ini benar, tidak dapat pula dipastikan.

Namun, rata-rata rakyat Kedah cukup maklum dengan kerakusan pihak yang mengidamkan jawatan Azizan dan sanggup berbuat apa saja untuk menjatuhkan beliau. Ramai yang menyatakan bahawa tidak boleh diketepikan yang Azizan telah diserang dengan menggunakan ilmu hitam, selain dari ugutan dan ancaman secara langsung terhadap dirinya dan keluarga.

Umum tahu bahawa pendekatan Azizan yang tegas membela Melayu dan Islam tidak disenangi oleh sekutu PAS, iaitu DAP. Beberapa kali Azizan terpaksa bertelagah dengan DAP yang mana berakhir dengan Azizan terpaksa akur dengan parti kafir harbi tersebut apabila kepimpinan PAS pusat masuk campur.

Maka, tidak hairanlah jika DAP juga sanggup menaja pihak-pihak tertentu untuk menentang Azizan.

Begitu juga dengan seorang pemimpin tertinggi PAS dari Kedah yang masih terawang-awang mencari tempat bertapak. Beliau juga dikatakan amat berdendam dengan Azizan dan Azizan juga telah beberapa kali secara terbuka mengkritik pemimpin tersebut sebagai tidak layak kerana terlalu ‘loklaq’ (tak senonoh). Tidak mustahil pemimpin tersebut juga mempunyai dendam kesumat terhadap Azizan dan ingin melihat beliau jatuh.

Mungkin ramai yang masih tidak tahu bahawa Azizan adalah antara pemimpin PAS yang tidak dapat bersemuka dengan Anwar Ibrahim. Beliau sebolehnya memastikan yang beliau tidak akan berada dalam satu majlis dengan peliwat tegar tersebut kerana tidak setuju dan tidak mempercayai ‘kesucian’ Anwar. Beliau hanya akan duduk bersama dengan Anwar, jika majlis tersebut dihadiri oleh kepimpinan PAS Pusat sekadar untuk menghormati kepimpinan PAS Pusat.

Kesemua faktor ini, ditambah dengan ketamakan dan kerakusan individu-individu tertentu meletakkan kedudukan Azizan dalam bahaya. Azizan dikelilingi manusia rakus dan gila kuasa yang sanggup dibeli dan membeli dan membuat apa saja asalkan dapat menjatuhkan beliau.

Walaubagaimanapun, Azizan terkenal dengan sikap yang tabah dan memiliki kekuatan serta pengetahuan yang cukup untuk menghadapi serangan musuh-musuhnya dari berbagai arah dan bentuk.

Namun, apakah Azizan mampu bertahan jika kepimpinan pusat sendiri yang memberi tekanan agar beliau berundur?

Khabarnya, Azizan tidak akan berundur kerana bagi beliau, beliau telah dilantik oleh rakyat dan hanya rakyat yang boleh ‘menurunkannya’. Malah, beliau juga telah bersedia dan semakin sihat untuk menghadapi musuh-musuhnya yang selama ini dibiarkan tanpa tentangan balas.

Nampaknya, beliau agak keberatan untuk membiarkan musuh-musuhnya menang percuma.

Inilah yang memeningkan kepala parasit-parasit di dalam PAS yang tidak sabar untuk melenyapkan terus sisa-sisa ulama yang ada di dalam kepimpinan parti. Azizan juga pasti sudah sedia maklum bahawa beliau tidak boleh mengharapkan beberapa kerat ‘Ulama’ yang tinggal di dalam PAS untuk membelanya kerana kesemua mereka nampaknya sama ada sudah buntu, bingung atau mula termakan ‘nasihat’ parasit-parasit tersebut.

Azizan kini bersendirian namun nekad untuk menjadi benteng terakhir kepimpinan ulama di dalam PAS.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s