Kuin Diambil Alih Syarikat Swasta?

PADANG TERAP : Kerajaan Negeri Kedah diminta menjelaskan dengan segera mengenai desas-desus kononnya sedang berlaku pengambilalihan Kolej Universiti Insaniah (Kuin) oleh sebuah syarikat swasta dari luar negara.

Bekas Pengerusi Kuin, Datuk Mahdzir Khalid berkata, mengikut sumber pihaknya, kerajaan negeri dikatakan sedang mempertimbang untuk menjual saham dan pengurusan kolej itu kepada syarikat swasta tersebut.

“Surat menyurat kerajaan negeri dan syarikat swasta tersebut memang ada dan perkara ini berlaku sejak dua bulan yang lalu.

“Oleh itu saya minta kerajaan negeri segera jelaskan perkara ini kepada rakyat kerana mereka berhak tahu hal sebenar.

“Kalau boleh urus kenapa nak beri kepada orang lain. adakah kerana tidak mampu untuk mengurus kuin maka kerajaan negeri mahu menjadikan kolej ini satu badan perniagaan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbukanya di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu di Padang Kerasak, Naka, di sini hari ini.

Mahdzir yang juga Ketua Pembangkang DUN Kedah berkata, jika penswastaan Kuin berlaku maka matlamat asal penubuhan Kuin yang mahu memberi kemudahan pembelajaran kepada orang ramai khususnya rakyat Kedah tersasar jauh.

“Kerajaan dengan syarikat adalah satu perkara yang berbeza sebab kerajaan pada akhirnya kita tidak memikirkan pasal keuntungan kerana kita mahu beri pendidikan kepada rakyat. Bila dah diuruskan oleh sebuah syarikat swasta sudah tentu keuntungan yang dicari mereka,” ujarnya.

Tambah beliau, jika kuin diswastakan sudah tentu segala kos pengajian akan bertambah dan pelajar yang kurang berkemampuan akan menerima kesannya.

Dalam pada itu, Mahdzir memberitau sehingga kini juga krisis kewangan Kuin masih gagal diselesaikan oleh kerajaan negeri.

“Sehingga kini pihak Kuin masih belum beri pelarasan gaji sebanyak 13 peratus kepada kakitangan Kuin.

“Ini tidak adil kepada kakitangan Kuin kerana mereka dipilih untuk jawatan mengikut sistem Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tetapi bila bab gaji mereka tidak dapat apa yang dinikmati oleh kakitangan awam,” ujarnya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s