Mahfudz Mula Berlagak Macam MB Kedah?

Setahu rakyat Kedah, Menteri Besar Kedah dan Pesuruhjaya PAS Kedah masih lagi Dato’ Seri Azizan Razak tetapi apabila membaca akbhar Sinar Harian hari ini, terasa seolah-olah Mahfudz Omar telah pun mengambil-alih jawatan tersebut.

Mahfudz telah membuat kenyataan bagi pihak kerajaan PAS Kedah iaitu, negeri-negeri mempunyai kebebasan mengikut peruntukan perundangan untuk mengadakan pilihan raya Dun khususnya yang membabitkan Kerajaan Negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR). Dengan itu, Mahfudz membayangkan yang Kedah juga mungkin akan mengadakan pilihanraya berasingan.

Tanpa menyebut atau merujuk kepada Dato’ Seri Azizan, Mahfudz kemudian mengeluarkan kenyataan berikut, “Pas Kedah tidak hadapi sebarang masalah jika ada calon luar yang mahu bertanding di Kedah. Apa yang penting, calon itu mestilah lebih kredibel dan lebih baik daripada anak Kedah sendiri, barulah layak menjadi calon,”

Soalnya, di manakah kedudukan Dato’ Seri Azizan di mata Mahfudz? Apakah benar perkara mengenai calon ini telah dibincangkan dengan beliau atau tidak?

Yang rakyat Kedah tahu ialah, Azizan sendiri tidak pernah mengulas panjang mengenai perkara ini dan hanya memberi respon bahawa beliau hanya bertindak memberi laporan tentang kewajaran mengadakan pilihan raya serentak atau berasingan kepada Pas Pusat.

Secara umum, Dato’ Seri Azizan nampaknya begitu berhati-hati dalam memberi jawapan mengenai pilihanraya Kedah tetapi Mahfudz tampak lebih yakin dan berkuasa untuk menentukannya. Malah kelihatan seolah-olah Mahfudz juga lebih berkuasa untuk menentukan calon.

Sudahlah di Wisma Darulaman kedengaran rungutan bahawa terdapat EXCO yang berlagak lebih dari MB sendiri sehinggakan isterinya juga lebih berkuasa dari To’ Puan Seri, isteri MB sendiri. Isteri EXCO ini juga dikatakan gemar berada di pejabat suaminya dari di rumahnya, dan mengarah-arah orang sekeliling.

Kini, Mahfudz pula dilihat sebagai lebih MB dari MB dalam membuat kenyataan di media.

Senario ini menunjukkan dua kemungkinan iaitu kerakusan pihak yang ingin menjatuhkan Azizan atau kelemahan Azizan sendiri dalam mengawal politik PAS Kedah.

Namun, apa yang dapat dilihat ialah senario ini terjadi akibat gabungan kedua-duanya iaitu kerakusan musuh-musuh Azizan serta kelemahan dirinya sendiri.

Sumber memberitahu bahawa Mahfudz telah pun menjalankan strateginya sendiri dengan memanipulasi dan mempengaruhi PAS Pusat untuk meletakkan calon-calon pilihannya dalam PRU nanti di Kedah. Mungkinkah kenyataannya yang ‘mewakili’ PAS Kedah di atas bermakna yang PAS Pusat telah ‘merestui’ Mahfudz menggantikan Azizan?

Malanglah rakyat Kedah jika terus berMenteri Besarkan Azizan, tetapi lebih malang lagi jika berMenteri Besarkan si Mahfudz, bekas porter yang tidak lulus SPM.

Bayangkan, Mahfudz tidak tahu walaupun untuk membezakan antara ‘ketakutan’ dan ‘keberanian’.

Dalam kenyataan di media yang sama, Mahfudz menuduh Dato’ Seri Najib sebagai ‘takut’ dengan PR. Katanya, “kenyataan yang dibuat Najib iaitu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan menentukan “survival” Melayu menunjukkan yang BN cukup takut untuk kehilangan kuasa dalam PRU13 nanti”.

Tetapi di masa yang sama, Mahfudz juga berkata bahawa Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) sewajarnya tunggu sehingga mandat lima tahun berakhir jika ingin melihat Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) diadakan serentak.

Jelas, yang takut adalah PR dan bukan BN.

BN telah pun bersiap sedia untuk menghadapi PRU tetapi PR yang berlengah-lengah, ingin membeli masa. Jika benar berani dan yakin yang rakyat bersama mereka, kenapa gusar untuk mengadakan pilihanraya serentak di negeri-negeri yang diperintah mereka? Apakah alasan untuk melambatkan lagi PRU jika bukan kerana takut masih belum dapat meraih sokongan majoriti rakyat?

Jelas, Mahfudz membuat kenyataan tanpa berfikir.

Sekurang-kurangnya, kalau Mahfudz ingin berlagak berani sekali pun, biarlah ia berdasarkan kenyataan yang konsisten. Dan kalau ingin bermimpi menjadi MB Kedah pun, sekurang-kurangnya berusahalah untuk lulus SPM terlebih dahulu. Kita tidak mahu nanti Kedah malu bila berhadapan dengan pelabur-pelabur, duta-duta atau kerajaan asing dan kita juga tidak sanggup Kedah terus mundur dan akhirnya hancur

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s