Agenda Tersirat Himpunan 1125

NGO Cauvinis Cina, Dong Zong semakin hari semakin melampau dengan tuntutan demi tuntutan. Tidak cukup dengan desakan yang dibuat sebelum ini, mereka meneruskan agenda dengan merancang mengadakan perhimpunan pada 25 November 2012. Terdahulu Dong Zong pernah mengadakan 4 kali perhimpunan seperti berikut:-

  1. Perhimpunan 325 – Bantahan terhadap kekurangan tenaga pengajar di sekolah rendah Cina,
  2. Perhimpunan 520 – Permohonan Penubuhan SMPC di Kuantan,
  3. Perhimpunan 729 – Permohonan Penubuhan SMPC di Segamat, dan
  4. Perhimpunan 926 – Selamatkan Pendidikan Cina

Daripada 4 perhimpunan yang pernah dibuat sebelum ini didapati bahawa persatuan ini bukanlah benar-benar mahu memperjuangkan pendidikan kaum cina tetapi perjuangan mereka dilihat seolah-olah menafikan dasar-dasar pendidikan kebangsaan yang telah dirancang.  Perancangan mengadakan satu perhimpunan setiap 2 bulan dilihat sebagai membina momentum persepsi negatif masyarakat Cina terhadap Kerajaan.

Secara realitinya, bukan semua masyarakat Cina menyokong Dong Zong. Contohnya, Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia, Tan Sri Pheng Yin Huah telah menyatakan bahawa Dong Zong perlu mendapatkan pandangan semua persatuan-persatuan Cina sebelum mengadakan perhimpunan  dan beliau menuduh tindakan Dong Zong ini diselindungi oleh agenda politik.

Jika dikaji, tuntutan Dong Zong mendesak Kementerian Pelajaran menambah bilangan guru Cina di sekolah-sekolah Cina dan mengeluarkan guru-guru yang tidak boleh berbahasa Mandarin daripada sekolah-sekolah Cina hanyalah desakan biasa. Secara tersirat desakan ini sebenarnya adalah satu tindakan pembersihan etnik di sekolah-sekolah Cina melalui perancangan halus lagi tersusun dengan matlamat  mengeluarkan guru-guru berbangsa Melayu daripada mengajar di sekolah tersebut dan menghalau pelajar-pelajar Melayu daripada meneruskan pembelajaran di SJKC.  Ini kerana jika guru subjek Agama Islam dihalau, maka pelajar melayu khususnya tidak lagi dapat meneruskan pembelajaran dalam subjek tersebut sekaligus memaksa mereka bertukar sekolah.

Sikap pelampau Dong Zong ini turut tidak disenangi bangsa mereka sendiri, Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah menyifatkan pertubuhan ini sebagai pertubuhan yang mempunyai pemiliran Ultra Kiasu seperti komunis.  Menurutnya, kelompok ini akan menuntut sebanyak-banyaknya walaupun menyedari kerajaan tidak akan tunduk, namun akhirnya pembe­rian sedikit oleh kerajaan itulah kemenangan terbesar buat mereka. Beliau turut meminta Kerajaan supaya tidak tunduk kepada desakan kumpulan ini demi maruah dan agenda kebangsaan.

Percayalah perhimpunan kali ke-5 yang bakal di adakan pada 25 November 2012 bukanlah membawa suara masyarakat Cina kepada Kerajaan. Dong Zong tidak mewakili keseluruhan masyarakat Cina di Malaysia yang cintakan perpaduan.  Langkah Dong Zong ini dilihat sebagai satu cubaan untuk memburukkan Kerajaan di mata rakyat terutamanya masyarakat Cina. Sasaran mereka cuma satu iaitu cuba menjatuhkan Kerajaan sediaada dalam PRU ke-13 agar kerajaan baru yang bakal memerintah dapat memberi segala tuntutan mereka. Kredibiliti Dong Zong dalam memperjuangkan masyarakat Cina dilihat  tidak lagi relevan.  Ini kerana masyarakat Cina kini mempunyai pelbagai medium seperti  MCA untuk mereka membawa sebarang isu tuntutan secara efektif dan dipandang serius oleh Kerajaan yang memerintah.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Agenda Tersirat Himpunan 1125

  1. Zainal abidin ahmad says:

    Cendikiawan melayu tidak menggerunkan walau punyai banyak persatuan. NGO nya tidak fokus dlm agenda ketuanan melayu. Mana gabungan ilmuan melayu dan berbagai NGO yg berfasadkan ketinggian ilmu? Lemah dan longlai bagai lalang dilereng bukit ditiup angin sepoi dia beralun tidak menentu. Mungkin Majlis Professor Negara boleh kehadapan menjadi juara, membentengi kepentingan melayu bagi membenamkan terus dongky zong ini. Perlu bergerak kehadapan dengan gagah dan lantang, perlu menyinsing lengan dengan pena dan desakan tanpa jemu, kental tanpa boleh digoyah lawan dan kawan. Berdiri atas pendirian yg jelas dan kukuh.

  2. lolong says:

    setuju Tuan. Malang apabila org yg patut mempertahankan pendidikan Melayu sibuk berseminar tetapi hasilnya kekal di atas kertas

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s