Najib bertanding di semua kerusi untuk PRU 13?

Jika posting sebelum ini, Lolong secara sinis menyindir perwakilan yang lebih membodek dari menyahut seruan perang Presiden. Lolong kali ini ingin membawa pembaca kepada ucapan penggulungan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia. Dalam ucapan yang lebih bersahaja daripada ucaptama tempohari, PM pada ucapan kali ini membentangkan secara matang mengenai perancangan menghadapi pilihanraya. Malah secara berseloroh beliau bertanya kepada perwakilan. Adakah mereka akan terus menyokong jika tidak dipilih sebagai calon. PM juga menunjukkan rasa rendah diri apabila berterima kasih kepada Tun Mahathir dan Tun Abdullah yang memainkan peranan penting dalam kerjaya beliau, kejayaan dan pembangunan negara. Malah PM menyebut tentang keluhuran hati Tun Dr M yang tanpa diminta, dengan rela hati turun bertemu ahli di bawah untuk memastikan mereka tidak akan sabotaj parti pada pilihanraya nanti. Malah PM turut beberapa kali menyebut nama Cikgu Seman seorang perwakilan dari Jasin, Melaka yang setia pada parti walaupun tidak mendapat apa-apa dari parti. Ini perlu dianggap sebagai satu sindiran sinis kepada pemimpin parti yang sanggup sabotaj parti hanya kerana tidak mendapat apa yang mereka mahukan. Lolong amat terharu dengan ucapan PM. Bagi Lolong, kalaulah PM bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen pada PRU13 nanti, pasti BN akan menang besar. Maka Lolong menyeru kepada semua ahli parti keramat ini dan seluruh rakyat Malaysia, anggaplah yang bertanding di semua kerusi adalah NAJIB. Kita berikan undi kepada pemimpin terbaik pada masa kini kerana yang akan bertanding nanti adalah wakil beliau di semua DUN dan parlimen!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s