Parti anak beranak sedang berebut kuasa. Orang Melayu sedang membodokan diri.

Parti Cina Komunis dan Singh is King anak berannk sedang berkongres di Pulau Pinang. Kongres kali ini akan menyaksikan 68 calon bersaing untuk merebut 20 jawatan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC), beberapa orang daripada mereka adalah anak beranak, adik beradik dan sepupu sepapat.

Mereka adalah Pengerusi Kebangsaan parti, Karpal Singh; dua anak lelakinya, Gobind Singh Deo yang juga Ahli Parlimen Puchong dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.

Satu lagi anak beranak ialah Setiausaha Agung parti dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bersama-sama bapanya yang juga diktator komunis DAP, Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Beruas dan sepupunya Nga Kor Ming yang merupakan Setiausaha DAP Perak.Nga juga adalah Ahli Parlimen Taiping dan ADUN Pantai Remis. Juga tak sabar merebut kuasa supaya lebih cepat dapat menaiki takhta kekuasaan.

Calon Melayu yg tak sabar dipergunakan dan dicucuk hidung pula adalah Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton; Senator Ariffin S.M. Omar; Timbalan Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji; Anggota Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd. Noor; Roseli Abdul Ghani yang akan diletakkan sebagai calon di Negeri Sembilan pada pilihan raya umum ke-13; Pengerusi DAP Cawangan Desa Manjung, Solaiman Op Syed Ibrahim dan Harun Ahmad.

Setiausaha Penganjur DAP Kebangsaan, Teresa Kok berkata, tiada calon dibenarkan menarik diri daripada bertanding.”Mereka (calon) yang ingin berbuat demikian boleh memaklumkannya kepada Speaker kongres pada hari berkenaan, tetapi namanya akan kekal dalam senarai dan perwakilan masih boleh mengundinya pada hari berkenaan walaupun calon telah menarik diri,” katanya di sini hari ini.

Berdasarkan senarai calon, lebih separuh daripada mereka terdiri daripada sama ada MP atau ADUN atau kedua-duanya.Kok berkata: “Dalam DAP, asalkan anda dapat pencalonan daripada dua cawangan, anda boleh menjadi calon dalam pemilihan parti”.

Selain daripada Kok, yang juga Pengerusi DAP Selangor, nama-nama terkenal lain yang bertanding bagi kerusi CEC termasuk Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Chong Eng; Ahli Parlimen Tanjung, Chow Kon Yeow; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai; Ahli Parlimen Kepong, Dr. Tan Seng Giaw; Ahli Parlimen Rasah, Anthony Loke; Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran; Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy; Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jen yang juga Ahli Parlimen Bandar Kuching.

Kok berkata, setakat ini, DAP mempunyai kira-kira 150,000 anggota dari 730 cawangan. Sejumlah 2,576 perwakilan akan menghadiri
kongres dua hari itu.

Kit Siang dalam kenyataan berkata, Kongres DAP akan menjadi pembuka tirai bersejarah kepada kempen ‘Seratus Hari ke Putrajaya’.Pakatan pembangkang menyasarkan untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang. – BERNAMA.

Selanjutnya:generasi pejuang bangsa

Lolong: siapa yang menang-kalah sama je.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

One Response to Parti anak beranak sedang berebut kuasa. Orang Melayu sedang membodokan diri.

  1. oviruses65@kiyaijr.com says:

    Reblogged this on parasite desires.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s