Kejatuhan Pakatan Rakyat Sudah Semakin Ketara

Lolong panjangkan emel daripada sahabat yang mengupas isu Pakatan Pembangkang yang semakin hampir dengan tarikh luputnya.

Nampaknya, apa saja yang dibuat oleh Pakatan Rakyat hari ini akan memakan diri mereka sendiri. Pemimpin-pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat sering diaibkan dengan kata-kata dan tindakan mereka sendiri sejak kebelakangan ini.
 
Seolah-olah mereka hanya pandai mengelirukan rakyat jelata dengan sentimen-sentimen kononnya rakyat Malaysia hidup dalam sebuah negara yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. Tidak hairanlah kenapa senjata utama mereka hanyalah mengapi-apikan rakyat untuk turun berarak di jalanan.
 
Dua minggu lalu, DS Anwar Ibrahim cuba mengelirukan rakyat berhubung isu saham Felda Global Ventures Berhad.
 
Dalam helahnya untuk dilihat sebagai seorang pakar ekonomi, beliau mengesyorkan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam sektor minyak & gas dan kelapa sawit. “Lagipun, kita sebahagian daripada Opec. Saya bukan bermaksud untuk mencadangkan sebuah kartel, tapi hanya sinergi antara kedua-dua negara ini bakal membantu mengurangkan masalah yang timbul,” ujar beliau.
 
Mungkin beliau telah dimakan usia sehingga terlupa, mungkin juga beliau tidak tahu langsung. Malaysia tidak pernah menganggotai Opec, dan kita telah pun berbincang dengan Indonesia untuk membentuk sebuah badan usahasama yang akan berusaha untuk menyokong kestabilan harga melalui pengurangan stok serta mengawal bekalan minyak sawit. Perancangan dan tindakan telah pun dilaksanakan oleh pihak kerajaan, rakyat Malaysia tidak perlukan retorik DS Anwar Ibrahim.
 
Seminggu kemudian, Pakatan berkhayal lagi. Didorong oleh tuduhan melulu yang dilemparkan oleh bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mula melaung-laungkan tuduhan kononnya kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada Malaysia sebagai pampasan kepada mangsa-mangsa projek landasan keretapi maut sewaktu era Perang Dunia Kedua dahulu.
 
Tuduhan ini mengingatkan saya kepada tuntutan tidak masuk akal yang dibuat oleh Hindraf.Anwar terus mempersoalkan ke mana hilangnya wang pampasan tersebut di Jakarta minggu lepas. Beliau tidak tahu bahawa pihak kerajaan Jepun sendiri telah mengeluarkan kenyataan rasmi yang menafikan ia pernah membuat pembayaran sejumlah itu kepada Malaysia. RM207 bilion yang kononnya telah dibayar dan dilesapkan oleh kerajaan Malaysia adalah “diluar penglibatan dan pengetahuan Kerajaan Jepun.” Rupa-rupanya, tiada seorang pun penasihat-penasihat DS Anwar Ibrahim yang mempunyai masa untuk memberitahu beliau bahawa Tokyo telah menafikan tuntutan Pakatan tersebut. Saya rasa mereka terlalu terperangkap dalam pembohongan mereka sendiri.
 
Perhimpunan KL112 Sabtu lepas telah dilihat sebagai usaha terakhir Pakatan untuk menunjukkan kuasa dan sokongan untuk menggulingkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Barisan Nasional (BN). Walaupun perhimpunan Bersih dan Bersih 2.0 sebelum ini kononnya bersifat “non-partisan” kerana dirancang oleh NGO-NGO dan kumpulan-kumpulan kebebasan sivil, KL112 lebih jelas dari mula lagi. Ia adalah agenda Pakatan Rakyat, dan niat mereka sangat jelas.Hari yang dinantikan tiba, namun sejuta rakyat yang digembar-gemburkan oleh Pakatan tidak tiba. Pemimpin Pakatan hanya mampu berbohong dengan berkata bahawa 500,000 rakyat Malaysia telah berhimpun dalam stadium yang hanya berkapasiti 30,000 orang itu.
 
DS Anwar Ibrahim menganggap Himpunan Kebangkitan Rakyat itu sebagai sebuah kejayaan besar yang telah mencatat sejarah. Ada juga penyokong-penyokong beliau yang menganggap perhimpuan tersebut sebagai “hari kemerdekaan negara yang kedua.”Semua khayalan-khayalan ini lupa bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Kerajaan Barisan Nasionallah yang telah berusaha gigih untuk membawa transformasi politik dan ekonomi kepada negara. Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) serta enakmen Akta Perhimpunan Awam adalah usaha kerajaan untik menegakkan kebebasan awam dan kebebasan sivil. “Kejayaan” perhimpunan 12 Januari tersebut adalah sebenarnya bukti kepada usaha-usaha kerajaan.
 
Anwar pasti kecewa kerana perhimpunan ini berlangsung tanpa sebarang insiden. Tiada perusuh yang merosakkan kenderaan polis, tiada seorang pun rakyat yang dipukul, dan tiada sesiapa pun yang disembur dengan air atau gas pemedih mata. Rata-rata rakyat Malaysia menarik nafas lega dan melemparkan pujian kepada kerajaan dan pihak polis. Malahan, pemimpin DAP Lim Kit Siang sendiri pun telah memuji Datuk Seri Najib kerana membenarkan perhimpunan tersebut berlangsung.
 
Perhimpunan KL112 adalah kemenangan untuk rakyat Malaysia, bukan untuk Pakatan Rakyat. Ia telah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia sangat cintakan keamanan dan perpaduan.
Arjuna Indra
Kuala Lumpur 
This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s