Listen! Pemecatan Ustaz Nasha Bukti PAS Hanya Parti Politik!

Apa yang selalu keliru di pemikiran penyokong PAS adalah menyamakan parti tersebut dengan Islam. Masakan tidak, penyokongnya menganggap ornag yang tidak menyokong PAS tidak menyokong Islam. Malah beberapa artis yang dikenali mempunyai pelbagai masalah bertindak memasuki PAS untuk ‘membersihkan’ diri. Lolong tidak mahu berbicara soal akidah di sini, takut hanya mendekatkan lagi kita dnegan hari kiamat apabila orang jahil seperti Lolong berbicara tentang agama manakala para ulama berdiam diri.

Apa yang Lolong nak kongsikan adalah penekanan bahawa Parti Islam SeMalaysia atau PAS hanyalah sebuah parti POLITIK, di ulangi, parti POLITIK. Tak ubah seperti UMNO, DAP, PKR, SUPP, MIC, MCA, PPB dan sebagainya. 

Pemecatan Ustaz Nasha adalah bukti terbaru. Pemecatan beliau yang hanya diketahui oleh Ustaz Nasha melalui Media dikatakan sebuah perceraian kerana sudah tidak sefahaman oleh Mursyidul Am, TG Haji Nik Aziz. Tapi perceraian ini tidak mengikut hukum la sebab dia diketahui oleh yang diceraikan hanya melalui media, bukan berhadapan. Ini seolah-olah, perceraian melalui SMS yang menjadi perbincangan hangat sedikit masa dulu.

Apa yang nyata, pemecatan ini adalah sah cuma, ia dijalankan secara BACUL kerana jika benar, baik Ustaz Nasha dipanggil sendiri untuk membela diri atau memberi keterangan. Tapi sudahlah, itu tak penting!

Ustaz Nasha dipecat dari menganggotai Majlis Syura Agama kerana banyak perbuatan beliau dikatakan merugikan parti. Oh, mengaturkan Perdana Menteri untuk bertemu Ulama Mekah rupanya merugikan parti. Begitu juga mengaturkan pemergian Perdana Menteri yang dipilih rakyat Malaysia bertemu dengan rakyat Gaza yang ditindas Yahudi juga merugikan parti. Walaupun ia pasti tidak merugikan ISLAM, tetapi kerana PAS hanyalah sebuah parti politik, yang mahukan kemenangan pilihan raya untuk sebuah KUASA, mereka tidak pedulikan PERPADUAN yang dituntut ISLAM, tetapi lebih mementingkan imej parti.

Oklah, Lolong terima. Cuma nak ingatkan pengikut mereka, PAS HANYALAH SEBUAH PARTI POLITIK YA, PARTI POLITIK!

Imej

Ustaz Nasha, Bekas Timbalan Presiden PAS.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s