Listen! “Menteri itu akan masuk neraka” – Nik Abdul Aziz

Wah, rupanya Tuan Guru Nik Abdul Aziz ada kuasa untuk melihat siapa masuk syurga dan siapa masuk neraka. Jom jumpa dia pakat-pakat tanya kita masuk mana🙂

KOTA BHARU 31 Jan. – “Menteri itu akan masuk neraka, tidak ada kuasa yang boleh menyekat dia masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.”

Seolah-olah mempunyai kuasa menentukan balasan seseorang, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ‘memutuskan’ bahawa menteri yang bertanggunjawab dalam agihan royalti minyak kepada negeri akan masuk neraka kerana dakwanya telah menafikan hak kerajaan Pas Kelantan.

Biarpun tidak menyebut dengan khusus nama menteri yang dimaksudkan, dapat difahami bahawa beliau merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Menteri Kewangan.

Nik Abdul Aziz mempertikai kenapa royalti minyak tidak diserahkan kepada kerajaan Pas Kelantan sedangkan mereka dengan mudah telah mendapat habuan daripada perlombongan emas yang diusahakan sebuah syarikat dari negara Cina.

“Sepatutnya emas dan petrol sama sahaja, sama-sama milik kerajaan negeri, kenapa emas diberi kepada kita tetapi petrol tidak diberi?

“Orang ini bertanggungjawab dunia akhirat, dan dia kena sumpah, rakyat sumpah kepada menteri-menteri yang tidak bertanggungjawab jaga royalti, akhirat kelak dia akan masuk neraka, tidak ada kuasa boleh sekat menteri ini masuk neraka kecuali syafaat Nabi Muhammad SAW.

“Royalti baik, balak baik, ia sama ada boleh bawa kita ke syurga atau ke neraka, ini masalah besar, golongan sekular tidak fikir masalah syurga neraka, sedangkan benda itu benda ada, kerana syurga neraka ini bukan projek kerajaan, bukan projek parti, tapi daripada Allah,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis penyerahan baki royalti emas dan sumbangan daripada syarikat CMNM Mining Group Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat CNMC Goldmine Holdings Ltd. kepada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) negeri sebanyak RM386,926 dan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) sebanyak RM347,115. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130131/po_14/Menteri-itu-akan-masuk-neraka—Nik-Abdul-Aziz#ixzz2JXue45Ix 
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Listen! “Menteri itu akan masuk neraka” – Nik Abdul Aziz

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on jiwa_hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s