Listen! Keluar Parti!

Setakat ahli keluar parti biasa. Tapi kesedaran yang di bawa perlu diteliti. Bagi Lolong promosi ahli keluar parti dan masuk parti lainnya tidak memberikan apa-apa impak. Lebih-lebih lagi bagi parti PAS.

Penyokong mereka sangat tegar dan taksub. Sedangkan pemimpin hebat mereka yang pernah menjadi Timbalan presiden seperti Ust. Nasha juga dipinggirkan dan tidak dipedulikan. Bagi mereka siapa yang keluar parti mengkhianati Islam walaupun sebenarnya ia hanyalah sebuah parti politik!

image

ALHAMDULILLAH…….36 AHLI TEGAR PAS SERTAI UMNO.

BAHARUDIN Yusof (kiri) menerima borang keahlian UMNO daripada Meli Awang Seman di Tanah Merah, Kelantan, kelmarin.

TANAH MERAH 1 Feb. – “Pas sudah berubah. Parti itu kini sudah jauh dari landasan perjuangan Islam yang dipegang selama ini demi menjaga kepentingan sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.”

Itulah luahan ikhlas dari seorang ahli tegar Pas, Meli Awang Seman, 63, yang kecewa dengan parti itu dan mengambil keputusan untuk menyambung wadah perjuangannya bersama UMNO yang ternyata lebih mengutamakan rakyat, agama, bangsa dan negara.

Meli adalah di antara 35 ahli tegar Pas dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Panau di sini yang mengambil keputusan menyertai UMNO.

Borang menyertai UMNO itu telah diserahkan oleh Meli selaku wakil kepada ahli Pas yang lain kepada Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Baharudin Yusof dalam satu majlis yang dihadiri lebih 2,000 orang di Kawasan Rukun Tetangga Taman Barakah di sini malam tadi.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to Listen! Keluar Parti!

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on jiwa_hamba.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s