Asrama Haji Hadi Terbakar

Salam penuh kesedihan.

Pagi tadi 5 febuari 2013 lebih kurang jam 10:40 pagi satu kebakaran telah berlaku di asrama lelaki Maahad Darul Quran Rusila, Marang.

Kebanyakan perkakas asrama yang penting tidak dapat diselamatkan. Api telah berjaya dipadam oleh pihak bomba pada jam 1130. Pihak bomba mendapati kebakaran berpunca akibat litar pintas dalam siasatan awalnya.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana semua pelajar berada di kelas. Asrama lelaki tersebut menempatkan 90 orang pelajar lelaki tingkatan 2 Maahad Darul Quran.

Dato’ Seri Abdul Hadi bin Awang turut kelihatan semasa kebakaran berlaku. Maahad ini milik Hj. Hadi di Masjid Rusila, Marang.

—Lolong turut bersimpati dengan kejadian ini. Sangat menyedihkan. Ini semua kuasa Allah swt. Semoga kita beringat. Mungkin ada kesalahan yang kita sebagai manusia lakukan yg dimurkaiNya.

Isu kalimah Allah misalnya adalah satu perkara yang tidak boleh dipermainkan. Kesediaan kepimpinan PAS menerima keputusan majlis tertinggi pembangkang sangat mengecewakan.

Walaupun isu ini dianggap tamat selepas keputusan Majlis Syura Ulama, namun kepimpinan tertinggi PAS dilaporkan masih tidak berbincang dengan majlis tertinggi pembangkang mengenainya.

Malah karpal Singh yang bukan beragama kristian lantang mengatakan PAS masih belum berbincang untuk menarik balik keputusan tersebut. Marilah kita lupakan politik. Sama-sama bersatu suara mempertahankan kalimah Allah. Semoga Islam terus di daulatkan di tanah air tercinta.

image

Gambar: keadaan Asrama tersebut.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s