PAS Kahwin Misyar?

Bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasha hari ini menerima surat yg sekian lama ditunggu. Kita biarkan saja kisah itu. Kisah dalam kelambu. Antara parti dengan ahlinya yang telah dicerai.

Lolong tertarik dengan kenyataan Ustaz Nasha meminta PAS keluar dari pakatan pembangkang. Kata beliau tidak ada apa yang berubah. PAS masih tetap bertanding lebih kurang 60 kerusi. X lebih dari masa bersendiri.

Ini kebenaran yang perlu diakui penyokong PAS. Dengan 60 daripada 222 kerusi parlimen. Tidak mungkin PAS akan menjadi kerajaan kecuali bersekongkol dengan siapa yang difikirkan sesuai.

Namun bagi Lolong perkahwinannya dengan pembangkang lain tidak memberikan keuntungan. Ia seperti kahwin misyar  yang berbentuk kahwin untuk perkongsian batin sahaja. Tidak perlu diberi nafkah zahir. PAS seperti perempuan kaya yang lengkap berharta tetapi gersang maukan kepuasan batin terhegeh-hegeh mau berkongsi nikmat dengan DAP. Lebih memilukan DAP dah ada bini (PKR) yang lebih intim dan sesuai bersama.

Maka Lolong ingin mengulangi permintaan Ustaz Nasha. Cerailah dengan DAP! Tun M seperti biasa amat sinikal apabila mengatakan mereka tidak akan bercerai kerana telah tergoda dgn kehenseman DAP. Malah bagi Lolong benarlah kata Tun M. Banyak momen indah dikongsi bersama seperti menyambut hari jadi dan thaipusam bersama.

image

Foto inilah yang buat Majlis Syura Ulama amat marah dengan Ustaz Nasha!

Sudah lah PAS. Sebusuk-busuk BN tak ada yang pernah kata Langkah  mayat untuk Hudud dan negara Islam… Fikirlah…

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to PAS Kahwin Misyar?

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s