Ini adalah gambar C. Sugumaran yang mati akibat sakit jantung selepas mengamuk merosakkan harta benda dan mencederakan seorang mangsa. Beliau dikatakan telah mengamuk selama dua jam dan berjalan lebih dua km dan apabila polis sampai, beliau jatuh dan meninggal dunia. Ini satu cerita sedih, tetapi tiba-tiba polis dipersalahkan sehingga ada orang mengatakan ‘Polis pembunuh kaum India’
Cuba lihat gambar ini pula:
Mangsa malang ini adalah Constable Mohd Suhaimi Bin Razak (I.D 16996) yang terlibat dalam penangkapan Bentong Rambo, seorang perogol bersiri yang dikenakan hukuman penjara 115 tahun semalam. Siapa pula yang mengenang jasa pejuang ini? Zalimkah polis dalam menjaga keselamatan negara?
1 Response to Wira Tak di Dendang!