PAS Semakin Terdesak Di Kelantan?

Kelantan yang lebih 20 Tahun di bawah pentadbiran PAS, kini dikatakan dalam keadaan genting. Parti politik yang menggunakan nama Islam itu, dilihat kurang mampu untuk terus mentadbir selepas PRU 13. Gelombang Merah yang dibawa BN di Kelantan semakin merebak dan memeri semangat baru.

Isu demi isu dan kegagalan Kerajaan PAS membawa apa-apa pembangunan termasuk membina masjid juga telah menjadi umpatan rakyat Kelantan. Ini belum lagi isu air yang tidak berkesudahan. Air tapisan amat laku di Kelantan kerana kegagalan Kerajaan membekalkan air bersih. malah ada pula puak-puak ustaz yang menjual air tapis konon dengan dibacakan doa.

Gelombang Merah yang membawa mesej TUKAR menjadi igauan. Jentera kedua-dua parti sudah mula bergerak walaupun Perdana Menteri belum memberikan isyarat jelas pembubaran parlimen. Ia menjadi hangat sehingga Dasuki Yusoff (gambar), seorang penyokong BN yang sedang memasang bendera di kampungnya sendiri dibelasah.

Lolong hairan dengan puak-puak yang kononnya Islamik sangat nih, nampaknya mereka gagal mengawal emosi. Lihat saja di mana-mana, di kawasan mereka, jarang orang UMNO memasang bendera tetapi di tempat yang telah diletakkan bendera UMNO atau BN, mereka akan mengganggu kawasan tersebut. Ini adalah satu provokasi nyata. 

Kita ucapkan tahniah kepada Dasuki yang cedera. Bukan tahniah kerana di pukul, tetapi beliau adalah pejuang sejati yang terpaksa menempuh dugaan. Semoga beliau tabah dan terus berjuang!

Lolong yakin, ketakutan penyokong PAS dan pembangkang yang lain akhir-akhir ini adalah manifestasi kekuatan sokongan yang semakin bertambah hebat kepada BN. Maka kegusaran itu menyebabkan mereka menjadi kalut dan biadap.

Walau apapun, Lolong amat berharap jika bangsa Melayu dapat bersatu dan jangan dibodohkan politik. Bangsa lain tidak berlaku kes sebegini, hanya kita yang sepatutnya bersatu di bawah panji-panji Islam gagal melaksanakannya secara total.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

One Response to PAS Semakin Terdesak Di Kelantan?

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s