Lolong Dah Mati!

Manila: Buaya yang diiktiraf sebagai buaya air masin paling besar di dunia mati kelmarin selepas ditemui dalam keadaan terlentang dengan perut kembung di sebuah di kolam di taman eko pelancongan Bunawan kelmarin.

Datuk Bandar Bunawan, Edwin Cox Elorde berkata buaya yang dikenali sebagai Lolong, mengambil sempena nama salah seorang pegawai hidupan liar yang mati ketika dalam perjalanan ke Bunawan, menjadi tarikan utama pelancong sejak ditangkap 17 bulan lalu.

Kematiannya mencetuskan perasaan sedih dan suasana murung di kalangan penduduk tempatan. Ketika bercakap pada sidang akhbar di wilayah Agusan del Sur kelmarin, Elorde berkata pihaknya bercadang mengadakan upacara khas sebelum bangkai Lolong diawet di sebuah muzium tempatan sebagai peringatan.

Seluruh bandar dan wilayah ini bersedih dengan kematian Lolong, katanya yang menambah, buaya berkenaan berusia kira-kira 50 tahun.

Guinness World Records mengisytiharkan Lolong sebagai buaya air masin dalam kurungan terbesar di dunia dengan ukuran 6.17 meter (20.24 kaki), mengatasi seekor buaya Austrlia panjangnya lima meter (17 kaki) dan berat hampir satu tan. AP

Hehehe. Lolong yang ini Alhamdulillah masih sihat. Cuma angin satu badan bila melihat Melayu diHina melalui tindakan biadap terhadap PM Malaysia dan DYMM Permaisuri Agong.

Errrr Lolong juga bukan buaya darat. Ahaks!

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s