Kumpulan Sulu di Lahad Datu terkawal.

Lolong nasihatkan rakan2 pembaca jgn percaya dengan kisah2 tak benar mengenai sekumpulan bersenjata di Lahad Datu. Setakat ini tidak berlaku apa-apa dan keamanan terkawal.

KUALA LUMPUR 15 Feb. – Tentera dan pihak berkuasa polis Filipina telah memantau dan bertukar maklumat dengan rakan sejawat dari Malaysia berhubung laporan kehadiran individu yang mencurigakan berhampiran Lahad Datu, Sabah.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Filipina di Malaysia, Johann Veronica M. Andal berkata, Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur telah mengarahkan Atase Polis, Kol. Charlo Collado pergi ke Lahad Datu secepat mungkin dan menyelaras dengan pihak berkuasa tempatan, serta mengesahkan identiti individu terlibat.

“Kerajaan Filipina memandang serius pergerakan kumpulan bersenjata yang tidak mendapat kebenaran, menimbulkan gangguan terhadap masyarakat tempatan dan akan bekerjasama dengan negara jiran untuk menangani masalah itu,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan senmalam.

Kelmarin, pasukan keselamatan menahan sekumpulan warga asing menyamar sebagai anggota tentera cuba menceroboh perairan negara di Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar semlam berkata, polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina itu sebagai pewaris berketurunan Raja Sulu” dari Selatan Filipina. – BERNAMA

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Kumpulan Sulu di Lahad Datu terkawal.

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s