PM Tandatangani Ikrar Integriti

image

Pembangkang semakin kalut. Satu demi satu tindakan PM tidak dapat dijangka. Dalam memastikan pilihan raya yang adil dan telus sekaligus memantapkan transformasi politik gagasannya, Dato’ Sri Najib hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan raya Transparency International. Ikrar ini antara lain memancarkan sikap integriti beliau dengan akujanji mendukung integriti dan memperteguh komitmen Negara memenangi rasuah terutamanya pada PRU 13. Keberanian beliau ini harus dipuji. Tidak mungkin seorang yang korup seperti tuduhan pembangkang sanggup mengangkat sumpah. Tapi pembangkang seperti biasa akan membangkang. Seperti sumpah laknat beliau bahawa beliau tidak terlibat dalam kes AlTantuya masih tidak dipercayai. Seperti kita tahu transparency international adalah sebuah badan yg menentang korupsi dan sangat terkenal dari segi integritinya. Oleh itu keberaniah PM harus dilihat sebagai satu komitmen negara memastikan pilihan raya kali ini adalah bersih seperti juga tahun-tahun lalu. Walaupun pembangkang tidak mahu terima hakikat kekalahan mereka dalan gelanggang yang adil. Kalau tak adil masakan mereka boleh menang di Kelantan, Penang, Kedah, Perak dan Selangor kan??? Berita Bernama di bawah:

image

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International, membuat perisytiharan terbuka untuk mendukung integriti dan memperteguh komitmen beliau terhadap agenda negara dalam  memerangi rasuah terutamanya dalam pilihan raya umum ke-13. Ikrar Integriti Pilihan Raya Transparency International merupakan kontrak sosial secara sukarela, dengan calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum, berikrar untuk menggalakkan integriti, tadbir urus baik, ketelusan dan akauntabiliti dalam kerajaan dan mendukung kedaulatan undang-undang. Calon yang menandatangani ikrar itu bersetuju mematuhi Akta Kesalahan-kesalahan Pilihan Raya 1954 dan peraturannya; dan memastikan tindakan mereka adalah untuk faedah orang ramai dan bukan untuk kepentingan sendiri. Di bawah seksyen ‘Maklumat Lanjut’, selepas ayat – ‘Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya ini kerana:’ Najib menulis “Saya percaya sebagai pemimpin BN saya perlu memberikan teladan yang baik. Hanya calon yang dianggap telah memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil akan membawa kepada sebuah kerajaan yang amanah, dihormati oleh rakyat”. Presiden TI-Malaysia Datuk Paul Low Seng Kuan menandatangani dokumen itu sebagai saksi. Turut hadir pada majlis itu yang berlangsung di bangunan Perdana Putra ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN). Ikrar itu menetapkan calon perlu mematuhi prinsip benar, integriti, tatalaku beretika dan akauntabiliti, termasuk tidak menerima atau memberi rasuah, atau terlibat dalam mana-mana amalan rasuah. Calon juga perlu mendukung dan mengutamakan kepentingan rakyat secara menyeluruh, mengamalkan tadbir urus baik dan ketelusan; dan mematuhi undang-undang dan peraturan Malaysia.Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Perdana Menteri berkata sebaik sahaja nama calon-calon Barisan Nasional bagi pilihan raya umum diumumkan, beliau akan memastikan semua calon akan menandatangani ikrar itu.” Calon-calon Barisan Nasional dan parti komponennya telah melalui proses semakan dengan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), kini sewajarnya mereka menunjukkan komitmen mereka bagi pilihan raya yang bersih dan adil dengan menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya. “Tanggungjawab memenuhi ketetapan ikrar ini terletak dengan langkah menandatangani ikrar ini dan adalah merupakan hak mutlak semua rakyat Malaysia untuk memastikan mereka berpegang kepada ikrar ini. Mari kita berusaha bersama-sama ke arah menambahbaik proses pilihan raya,” katanya. Beliau berkata butiran mereka yang telah menandatangani ikrar itu akan dimuatkan dalam laman web Transparency International, dan tanggungjawab orang ramai ialah menjadi ‘mata dan telinga untuk memantau pematuhan wakil rakyat mereka terhadap standard berkenaan.Sementara itu ketika ditemui selepas majlis itu, Paul Low berkata orang ramai boleh berkomunikasi dengan calon menerusi maklumat diberikan mereka dalam laman web TI di http://timalaysia-electionpledge.org.my. Beliau berkata ikrar itu bukan mengenai parti tetapi individu; beliau menjangkakan semua calon dan pemimpin parti, daripada parti kerajaan, pembangkang dan mana-mana calon Bebas yang bertanding pada pilihan raya umum akan datang, akan tampil dan menandatangani ikrar itu. “Kerana saya percaya demi Malaysia, kita perlu mengubah budaya politik ini, untuk memastikan integriti dan memerangi rasuah menjadi keutamaan setiap pengubal undang-undang,” katanya. – Bernama

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

One Response to PM Tandatangani Ikrar Integriti

  1. Pingback: 1hinggasejuta.wordpress.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s