Prince Zorro (PZ) Salah seorang penggodam yang aktif dan popular di tanah air mengesahkan bahawa Laman web Jabatan Penerangan digodam oleh Sofea Hana.Menurut beliau, Sofea Hana adlaah seorang penggodam aktif, pelajar sebuah IPT, Wanita dan membenci Kerajaan.
Ini terbukti apabila beliau telah menggodam lebih 10 Laman Web Kerajaan termasuk Parlimen, Jabatan Kehakiman, Jawi dan JAKIM.
Sangat menyedihkan apabila seorang yang bijak seperti ini menggunakan kebijaksanaannya untuk membuat perkara yang tidak beretika seperti ini. Imej Islamik yang dibawa oleh penggodam ini juga tidak wajar dengan sikapnya itu.
Dimanakah nilai-nilai murni? Apakah ini yang diajar oleh pembangkang selama ini?
Anjuran agar membenci Kerajaan dan pelbagai tohmahan terhadap Kerajaan telah membangkitkan seorang seperti Sofea Hana. Tidak mustahil banyak lagi manusia pedengki, pedendam, pemarah yang sedang di asuh dan diracuni pemikiran mereka oleh pembangkang. Dan Malang sekali kebanyakan mereka ini adalah MELAYU dan ISLAM! Perjuangan menegakkan Islam?
Reblogged this on .