BANDAR LAHAD DATU SELAMAT, TENANG DAN PASUKAN KESELAMATAN SEDANG MEMANTAU SETIAP SAAT SITUASI DI LAHAD DATU

Akhbar-akhbar asing terutama di Filipina, yang baru sahaja dipetik oleh akhbar-akhbar media internet pro-pembangkang memberi gambaran kononnya berlaku tembak-menembak di Kg. Tandou, dan Tg. Labian di Lahad Datu beberapa jam yang lalu. 

Wakil Mymassa di lapangan menafikan berlaku insiden tersebut. Apa yang berlaku ialah pasukan Keselamatan Negara kita masih bersabar, memberi ruang kepada rundingan, dan tiada tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan negara dan pihak penceroboh.

Apa yang berlaku ialah, pihak penceroboh yang keadaan Panik, Kelaparan dan Bergaduh sesama mereka tidak dapat mengawal emosi masing-masing.

Terdapat di kalangan penceroboh, mula melepaskan tembakan ke udara di kawasan kedudukan mereka, menembak binatang-binatang yang boleh dijadikan makanan, dan bunyi tembakan itu bukanlah peristiwa tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara kita dengan pihak penceroboh.

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang menghebahkan berita palsu tentang tembak-menembak tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana ianya memberi kesan negatif kepada negara dan penduduk di kawasan Lahad Datu.

Faktanya, Kedaulatan Negara kita mesti dipertahankan dan Keselamatan rakyat Malaysia mesti diberi keutamaan.

Harap rakyat Malaysia bertenang dan berhati-hati dengan berita-berita palsu dari pihak pembangkang.

Laporan lanjut menyusul…

Mymassa voice
Lahad Datu.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s