PENGURUS PASUKAN PERGI MELANCONG, LAGU NEGARAKU TAK DAPAT DIMAINKAN!

BILA LOLONG BACA BERITA NI, LOLONG JADI SANGAT MARAH. LEBIH MARAH KEPADA BAPAK SHAIFUL BUKHARI YANG GILA DUIT. PENGURUS MACAM NI PATUT DI BUANG NEGARA. INI ADALAH ANTARA SEBAB KENAPA SUKAN KITA MASIH DITAKUK LAMA WALAUPUN KITA MEMPUNYAI KEUPAYAAN, LATIHAN DAN JUGA KEPAKARAN SETARAF DUNIA. KITA TUNGGU APA KATA PENGURUS PASUKAN BASIKAL NEGARA KE ACC TENTANG DAKWAAN INI!

Negaraku tidak dimainkan di ACC kerana pengurus ke Taj Mahal – Azizul

KUALA LUMPUR 8 Mac – Jaguh lumba basikal kebangsaan, Azizulhasni Awang melahirkan rasa kesal apabila lagu Negaraku gagal diperdengarkan ketika majlis penyampaian pingat emas kepada pelumba negara di Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) yang sedang berlangsung di New Delhi, India.

Azizulhasni hari ini mendakwa, kejadian itu berlaku kerana rakaman lagu kebangsaan berada dalam simpanan pengurus pasukan, yang tidak berada di gelanggang kejohanan ketika majlis penyampaian pingat itu berlangsung.

Azizulhasni membuat dakwaan itu dalam laman Twitter miliknya.

“Kecewa dengan pengurus pasukan di ACC India…anggota pasukan berlumba di velodrom sementara dia ke Taj Mahal.

“Tiada lagu kebangsaan untuk pingat emas pertama Malaysia kerana (rakaman) audio ada dengan pengurus pasukan kita. Tak munasabah!,” dakwa jaguh pecut dari Terengganu itu dalam akauan Twiter.

Sementara itu, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong yang dihubungi di sini berkata, beliau kecewa dengan tindakan pengurus pasukan terbabit.

Pelumba pelapis negara, Muhammad Firdaus Mohd. Zonis menyumbang emas pertama negara dalam acara satu kilometer ujian masa dalam kategori remaja pada hari pertama ACC, semalam.

Muhammad Firdaus memenangi acara itu sambil mencatat rekod baharu kejohanan, satu minit 5.758 saat. – UTUSAN

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130308/su_06/iNegarakui-tidak-dimainkan-di-ACC-kerana-pengurus-ke-Taj-Mahal—Azizul#ixzz2Mwatd4SK 
© Utusan Melayu (M) Bhd

This entry was posted in Uncategorized and tagged , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s