ANALISIS AWAL PENAMAAN CALON – TENTANG BEBAS!

Proses penamaan calon bagi pilihan raya umum ke-13 telah berakhir jam 10 pagi tadi. bukanlah sesuatu yang mengejutkan apabila ramai yang menghantar borang pencalonan sebagai BEBAS.

KENAPA BEBAS?

Terdapat beberapa sebab mengapa secara tiba-tiba calon Bebas ‘membanjiri’ kawasan pilihan raya kali ini. 

1. Mereka yang kecewa tidak di calonkan parti

2. Bekas YB yang keluar parti selepas menang PRU 12 dan tiada parti pada kali ini

3. Mereka yang merasa boleh memecahkan undi parti bertanding

4. Suka-suka (nak glamer)

5. Merasa mereka ‘third force’ yang akan dipilih kerana pengundi menyampah dengan parti politik

PELUANG CALON BEBAS INI MENANG

Situasi politik di Malaysia mungkin berbeza dengan negara lain. Lolong fikir, di Malaysia, calon bukanlah satu-satunya faktor pilihan pengundi kecuali calon tersebut benar-benar dekat dengan pengundi. Ini pernah berlaku kepada Shahrir Samad yang tetap menang kerusi Johor Bharu walaupun bertanding tiket Bebas melawan BN ketika krisis UMNO-Semangat 46. begitu juga Ho Yip Kap, seorang ahli MCA yang bertanding BEBAS pada PRU ke12 di Tanah Rata dan kemudian masuk Gerakan selepas menang kawasan tersebut. 

TIdak ramai yang mampu menjadi seperti mereka ini. Kita pernah melihat Ibrahim Ali, yang dikatakan sinonim dengan  Pasir Mas, jatuh tersungkur pada PRU ke 11 apabila hanya mendapat 15% undi berbanding lawannya daripada BN dan PAS yang masing-masing mendapat 39% dan 42% pada PRU 2004 itu. 

Lolong berpendapat pada kali ini, calon BEBAS seperti Allah Tan, proksi Ong Tee Keat mungkin tidak mampu memberi kejutan berbanding jika Ong Tee Keat sendiri yang bertanding.

Bagi Datuk Kamilia, Timbalan Pengerusi Pergerakan Wanita UMNO yang kecewa tidak dipilih bertanding di Parlimen sekaligus menggelapkan harapannya mau jadi Menteri penuh juga silihat tidak mempunyai pengaruh yang terlalu besar. Namun, kuasa undi wanita tidak boleh dipandang remeh. Maka, Parlimen Kuala Kangsar dilihat akan berpecah undinya menyebabkan pembangkang mungkin akan menang ‘nasib’ pada kali ini.

BEBAS ‘THIRD FORCE’ YANG BAKAL MENGUBAH LANSKAP POLITIK MALAYSIA?

Lolong berpendapat kumpulan bebas ini masih belum mampu membawa aspirasi third force yang mampu memberi kejutan. Situasi politik pasca 2008 sehingga kini belum memungkinkan ianya berlaku. Politik partisan masih menguasai Malaysia. Apatah lagi, calon-calon Bebas ini tidak membawa sebarang aspirasi baru yang mampu mengagumkan pengundi.

Kumpulan ini dilihat tak lebih hanya mereka yang kecewa dan ‘gila glamer’. Maka Lolong berpendapat, mereka ini masih tidak mampu memberi sebarang kejutan melainkan sekadar  ‘badut’ yang mewarnai PRU 13.

* Nanti lolong cuba cari masa untuk fikir perkara lain pula untuk kita sama-sama bincangkan.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s