PKR mengaku dua ahlinya menemui Aminah

*HMMMM DAH MENGAKU DAH.

BUTTERWORTH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengakui dua ahlinya ada menemui calon Bebas pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Aminah Abdullah, seperti yang didakwa.

Bagaimanapun, Pengarah Pilihan Raya Kecil DUN Penanti PKR, Saifuddin Nasution, berkata perbualan seperti yang dirakam dan diedar Aminah itu tidak mewakili parti itu.

Beliau berkata demikian pada sidang media Yayasan Aman di sini pagi tadi.

Aminah semalam membuat laporan polis mendakwa dua wakil PKR itu menawarkan habuan wang tunai dan jawatan supaya beliau menarik diri atau menyertai parti itu jika menang pilihan raya kecil itu.

Antara lain, beliau mendakwa ditawar wang RM80,000 dan jawatan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pulau Pinang(MPPP) untuk menarik diri dan jawatan Timbalan Ketua Menteri 1 untuk menyertai PKR jika menang pilihan raya kecil itu.

Pagi tadi Aminah menyerahkan rakaman suara dan gambar pertemuan itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan akan memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). (BH)

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s