Insiden Lahad Datu

Ramai yang marah kepada Kerajaan dalam menangani insiden sekumpulan lelaki bersenjata yang menduduki sebuah kampung di Lahad Datu. Kumpulan yang mengatakan merwka waris keturunan Raja Sulu ini dikatakan membuat tuntutan untuk kekal di situ dan menganggap Sabah adalah hak mereka.

Kehadiran mereka ini menyebabkan ramai penduduk kampun tandau Lahad Datu resah dan pelbagai sms disebarkan kononnya bakal berlaku peperangan.

Untuk makluman, kumpulan ini yang diketuai oleh Raja Muda Azimmudie Kiram merupakan sekumpulan 100 orang dengan senjata lengkap.

Sebenarnya, tuduhan bahawa Kerajaan Malaysia tidak mampu menangani mereka adalah karut. Kehadiran mereka cuma 100 orang, bukan satu batalion. Jika gunakan kekuatan ketenteraan sekejap sahaja mereka boleh dihabisi.

Namun Kerajaan Malaysia merupakan kerajaan yang bijak. Persoalannya bukan hanya kekerasan tetapi kebijaksanaan menangani isu ini supaya berakhir dengan sentosa.

Dikhabarkan perbincangan sedang berlangsung dan mereka ini sanggup keluar dan pulang ke negara mereka dalam sedikit masa lagi.

Berikanlah peluang kepada pihak berkuasa untuk menyelesaikan secara aman. Untuk membunuh memang mudah tetapi fikirkan kesan kematian itu dari sudut antarabangsa, dari sudut keamanan negara, dari sudut imej negara, dan dari segi mikronya keluarga mereka ini.

Sesungguhnya tindakan Kerajaan Malaysia dalam menangani kumpulan ini adalah yang terbaik dan dicemburui dunia.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , . Bookmark the permalink.

One Response to Insiden Lahad Datu

  1. JIWA HAMBA says:

    Reblogged this on .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s