Manifesto Air Liur

PAS telah melancarkan pada 15 Oktober lalu manifestonya di Terengganu menjalang PRU 13. Manifesto yang bertemakan “Terengganu Maju, Islam Berdaulat, Negeri Berkebajikan” antara lain menyentuh 5 perkara utama iaitu:
1. Melaksanakan pengecualian cukai pendapatan.
2. Menyelesaikan isu tanah rakyat yang dirampas UMNO-BN (tuduhan)
3. Memberi cuti 30 hari bergaji bagi kakitangan kerajaan kematian suami
4. Menyediakan 17000 peluang pekerjaan dalam tempoh 3 tahun dan
5. Merakyatkan ekonomi dan menyediakan skim khas rakyat miskin.

Seperti biasa, orang yang tidak ada apa-apa tidak akan rugi untuk berjanji. kemudian apabila tidak dapat ditunaikan mereka akan cuba pula mencari alasan kenapa tidak dapat menunaikan janji. Dan yang paling mudah menyalahkan UMNO-BN dalam segala hal yang mereka tidak dapat tunaikan.

Saya fikir orang Terengganu tak mungkin akan terpedaya sekali lagi. Cuma kalau pun ada perubahan sokongan, ianya berpunca daripada kebencian terhadap sikap pemimpin bukan kerana kekuatan pembangkang!

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan komen