Langkah Tepat Kerajaan Utamakan Golongan Sederhana Dalam Bajet 2013

Rata-rata kedengaran rakyat mengucapkan syukur atas pembentangan Bajet oleh
Dato’ Seri Najib yang menyeluruh, padat dan tepat. Nampaknya, tiada yang
terpinggir dari mendapat perhatian kerajaan iaitu dari golongan miskin dan
sederhana serta merangkumi semua golongan seperti pelajar, pekerja, petani
sehinggalah OKU, menunjukkan yang ianya dirancang dengan penuh prihatin
lagi terperinci.

Seperti yang kita sedia maklum, masyarakat luar bandar dan golongan miskin
bandar adalah golongan yang paling ‘tercabar’ untuk bersaing dalam
pembangunan yang begitu yang pesat dan ekonomi yang tidak menentu. Dengan
itu, seperti kelaziman, kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dalam
pembentangan Bajet tahunan. Rumah-rumah kos rendah dan berbagai program
bantuan dan peningkatan pendapatan telah disusun khas untuk golongan ini
bagi memastikan kesejahteraan mereka dalam jangka masa panjang.

Namun, hakikat hari ini ialah golongan berpendapatan sederhana iaitu dalam
lingkungan RM3,000 – RM5,000 di bandar juga tidak terkecuali dari tekanan
hebat peningkatan kos sara hidup. Golongan ini diwakili oleh mereka-mereka
yang telah berkeluarga di mana pemilikan hartanah dan pendidikan anak-anak
merupakan keutamaan.

Secara dasarnya, sebuah keluarga di bandar memerlukan sekurang-kurangnya
dua buah kenderaan untuk memastikan segala-galanya ‘berfungsi’ dengan baik.
Maka, kos bagi dua buah kenderaan dan sebuah rumah selalunya sudah
menjangkau separuh dari pendapatan bulanan mereka. Itu belum lagi dikira
kos pembantu rumah atau pengasuh, tadika, bas sekolah, kelas agama,
tuisyen, keperluan harian serta kecemasan. Selain itu, kos sampingan yang
perlu ditanggung mereka secara harian semata-mata untuk bekerja, seperti
minyak, tol serta parkir yang tinggi di bandaraya Kuala Lumpur amatlah
membebankan.

Dengan pendapatan sebegini, adalah sukar bagi sesebuah keluarga
berpendapatan sederhana untuk membuat simpanan atau pelaburan untuk masa depan. Oleh itu, ramai yang memilih untuk berniaga sambilan bagi memastikan ekonomi rumahtangga mereka lebih ‘selesa’.

Akibatnya, masa berkualiti keluarga ini amat terhad, di mana masa ibu bapa
banyak dihabiskan dalam kesesakan lalu-lintas, bekerja sambilan atau
keletihan lalu menyebabkan anak-anak terabai sehingga menyumbang kepada
masalah yang lain pula di dalam masyarakat, seterusnya, negara.

Alhamdulillah, nampaknya kerajaan cukup maklum dan sedar akan masalah yang
membelenggu golongan ini sebagaimana terbukti dalam Bajet yang dibentangkan
semalam. Antaranya, pengumuman mengenai rumah mampu milik sebanyak 123,000
unit di kawasan Sungai Buloh dan Seremban, iaitu kawasan di mana golongan
ini tertumpu bagi mengelak kos sara hidup yang tinggi di bandar.

Selain itu, Skim Rumah Pertama yang sebelum ini dibuka kepada mereka yang berpendapatan bawah RM3,000 kini ditingkatkan kepada RM5,000 dengan
gabungan pendapatan isi rumah di bawah RM10,000 bagi rumah di bawah harga
RM400,000 juga pastinya mensasarkan kepada golongan ini.

Tidak cukup dengan itu, pengurangan cukai pendapatan sebanyak 1% bagi
pendapatan RM2,500 – RM50,000 juga dilihat mampu mengurangkan beban
golongan berpendapatan sederhana ini.

Perlu diingatkan bahawa golongan berpendapatan sederhana bukan sahaja
melibatkan pekerja kerajaan atau kakitangan awam, tetapi juga
pekerja-pekerja swasta. Seperti yang kita maklum, pekerja swasta tentunya
tidak berpeluang menikmati kemudahan pinjaman perumahan sepertimana
kakitangan kerajaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa walaupun Bajet yang dibentangkan kerajaan
adalah menyeluruh iaitu melibatkan golongan petani, pelajar, kakitangan
kerajaan, polis, perubatan, tentera sehinggalah kepada peniaga dan
korporat, tetapi ramai yang terlepas pandang akan golongan pekerja swasta.
Oleh itu, pekerja swasta telah biasa merasa terpinggir dalam pengumuman
Bajet oleh kerajaan.

Namun, dengan skim atau program perumahan yang dibentangkan dalam Bajet semalam, pekerja swasta kini boleh sama-sama tersenyum dan berterima kasih
kepada kerajaan kerana turut berpeluang menikmatinya.

Justeru, tidak salah jika dikatakan bahawa Bajet 2013 yang dibentangkan
oleh Perdana Menteri adalah bajet yang terbaik, tepat dan lengkap.
Pembangkang boleh menuduhnya sebagai Bajet Pilihanraya atau apa saja,
tetapi apakah salahnya Bajet Pilihanraya sekiranya ia berasaskan kemampuan sebenar setelah diambilkira maklumat kewangan yang tepat?

Bukannya seperti Bajet Alternatif yang disediakan dengan menggunakan
imaginasi semata-mata di mana hasilnya ialah bajet khayalan yang tidak
masuk akal dan mampu mengbankrapkan negara.

Jadi, bukankah seratus kali lebih baik bagi rakyat untuk memilih kerajaan
yang membentangkan Bajet Pilihanraya daripada memilih pembangkang yang berkhayal sambil mencanangkan Bajet Imaginasi?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s