Perkongsian Kuasa: jujurkah mereka?

Sewaktu merasmikan serentak ketiga-tiga sayap Puteri, Pemuda dan Wanita UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri menegaskan perkongsian kuasa melalui BN menyebabkan Malaysia tidak pernah mengalami krisis perkauman dan politik yang teruk.

Katanya, ”Sepanjang lima dekad pemerintahan BN, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan disuburkan dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional,” katanya.

Lolong percaya ramai yang bersetuju. Namun akhir-akhir ini Lolong terasa keikhlasan parti komponen perlu dikaji semula. Bagi Lolong, MCA yang kini gagal meraih sokongan padu kaum Cina untuk menyokong mereka, kini berbuat sesuka hati demi menjadi popular. Malah tidak sedikit tindakan mereka khasnya kenyataan-kenyataan daripada presidennya, Chua Soi Lek merugikan BN.

Kekadang Lolong merasakan, MCA tidak ikhlas dalam perjuangan. Mereka dilihat lebih mementingkan agenda bangsa daripada agenda BN. Perkara ini perlukan siasatan dan perbincangan rapi dn mendalam. Kita tidak mau ‘ribut dalam cawan’ bertukar menjadi tsunami pembunuh seperti yang kita alami pada 2008.
LOLONG:- APA DAH JADI DENGAN AGENDA MELAYU?

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s