Kerajaan Selangor Mengaku kalah!

Selangor dah umumkan akan bubar DUN selepas sambutan Chap Goh Mei. Bagi Lolong, ini adalah serampang dua mata.

Yang pertama mereka mahu memancing Kerajaan Persekutuan mengikut ‘gerak tari’ mereka. Dengan mengumumkan pembubaran lebih awal, mungkin mereka anggap PM akan terpaksa mengikut tarikh mereka sekaligus memberikan 1 mata kemenangan moral.

Kedua, nampaknya Kerajaan Selangor sudah tak mampu untuk menanggung pelbagai isu yang mereka hadapi. Setiap hari mereka digegarkkn dengan tuntutan janji-janji pilihan raya opsss manifesto, bukan janji! Heheheh.

Kegagalan mereka menepati janji seperti air percuma, bantuan ibu tunggal, pelaksanaan tawas yg mengelirukan errr banyak lagi la kalau nak tulis panjang gila.

Ini belum kira kegagalan pentadbiran dari isu sampah, banjir kilat, penyelenggaraan prasarana sehinggalah kegagalan UNISEL, TALAMGATE huh letih nak senaraikan.

MB Khalid yg sebenarnya bukan pemimpin yang mmmpu mentadbir dengan baik. Barangkali dengan membubarkan DUN lebih awal mereka mahu mencuci dosa.

Bagi LOLONG percaturan ini akan memakan diri! Selangor akkn kembali ke pangkuan BN.

Berita dipetik dari BH online:
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei iaitu 15 hari selepas Tahun Baru Cina, bulan depan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata Kerajaan Selangor berbuat demikian kerana sudah sampai masa untuk rakyat memberikan mandat baru terhadap kerajaan negeri itu.

“Sebelum ini saya menyatakan bahawa selepas Chap Goh Mei kita akan membuat pengumuman itu jika tiada sebarang petunjuk daripada Kerajaan Pusat (mengenai tarikh pembubaran parlimen).

“Bila tarikh sebenarnya, saya juga sama seperti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, saya akan biarkan anda buat seberapa banyak spekulasi tetapi saya rasa rakyat perlu tahu awal bila pilihan raya diadakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat EXCO di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini hari ini.

Khalid berkata, tahun lalu Kerajaan Selangor memutuskan untuk tidak turut serta dalam pilihan raya DUN sekiranya Kerajaan Pusat membubarkan Parlimen pada Jun 2012.

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s