PENGAKUAN BAPA SHAIFUL – ALIH ISU LAHAD DATU?

Tak semena2 bapa Shaiful Bukhari buat kenyataan akhbar menyatakan apa yang berlaku kepada anaknya adalah perancangan pihak2 tertentu di pejabat PM (TPM pada masa tersebut).

Lolong agak terkejut pada awalnya. Tapi kemudian Lolong terfikir. Kenapa ia keluar pada pada hari ini? Pada masa ini?

Peristiwa berdarah Lahad Datu berlaku pada Jumaat lepas. Kisah bapa Shaiful hari ini. Jumaat seminggu selepas insiden Lahad Datu.

Pada Lolong semua ini boleh dijadikan indikasi bahawa percaturan ini dilakukan oleh orang sama! Orang yang disebut sebagai PEMBANGKANG MALAYSIA oleh agen risikan Filipina.

Beliau semakin risau percaturannya di Lahad Datu GAGAL. Semua bukti terarah kepada beliau. Malah orang kanannya Tian Chua sekarang terpaksa lari terkincit-kincit diburu ramai rakyat Malaysia yang marah. Malah Lahad Datu juga dilihat sebagai satu peristiwa yang menyatukan rakyat Malaysia yang sayangkan negara dan bencikan perbutan pengkhianat negara yang sanggup menggadaikan maruah bangsa untuk kuasa.

 

Oleh itu, dia terpaksa mengeluarkan kad BESAR yang ada. Tidak mustahil bagi orang ini untuk membayar bapa Shaiful yang khabarnya sedang bermasalah dengan anaknya itu. Individu ini mempunyai kedudukan kewangan yang tidak sedikit malah bantuan dari NED, IFC, IMF dan sebagainya menyebabkan beliau mampu membeli sesiapa sahaja untuk kepentingan politik beliau dan matlamat CIA (baca zionis). Malangnya rakyat Malaysia tak semua begitu. inilah yang menimbulkan kemarahan pihak luar yang telah berjaya menakluk negara lain menggunakan proksi tetapi tidak Malaysia.

Ini adalah satu percubaan individu tersebut yang mahu mengalih isu Lahad Datu yang gagal dimobilisasi untuk kepentingan pembangkang.

Tak mustahil. Banyak lagi yang sedang dirangka pembangkang. Bersedialah. Kepada semua pejuang. Jangan undur. Jangan leka. Jangan bergaduh sesama sendiri. Banyak lagi onak dan duri di hadapan. Teruslah BERJUANG!

This entry was posted in Uncategorized and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s